01 Januari 2011

Kek pandan kastard kaya

    ALHAMDULILLAH kita sudah masuk ke tahun baru 2011 dan syukur kerana kita masih dipanjangkan umur olehNYA. Semoga tahun ini akan membawa satu tarnformasi yang lebih baik untuk kita capai. aminn! cewah dah macam pakar motivasi pulak aku hari ini haha. Sebenarnya bukan apa, oleh kerana hari ini hari pertama tahun baru dan ini jugalah pos pertama untuk tahun baru dari saya jadi kenalah excited sikit betul tak?.       Apakata kali ini u all cuba resipi Kek pandan  kastard kaya. Kek ini mudah jer dibuat sebab dia guna kek lapis pandan dan dilapiskan bersama custard pandan yang telah dimasak. kemudian sejuk terus makan. sebenarnya kek ini telah saya olah daripada kek span biasa yang saya dapat dari Resipi Hajah Noraini di blognya, saya telah menambah  pewarna hijau  dan perasa pandan didalamnya supaya sesuai dengan lapisan custardnya yang akan saya guna. Undang2 membuat kek span ini adalah yang paling penting sebab kalau tidak dipukul dengan betul kek anda tidak akan naik dengan gebu.
     Oleh kerana itu sudah pasti ada resipi yang ingin dikongsikan dalam blog nih dengan penyekodeng2 blog saya . 
    
     Tip nak tau adunan kek span   itu sudah cukup dipukul atau tidak adalah dengan u all cedok sedikit adunan tuh dan kemudian tuang dalam mangkuk adunan itu balik. Jika ia tidak/tenggelam dalam adunan kek, bermakna adunan itu sudah betul2 gebu dan tidak berat apabila dibakar. Ada premix kek span yang dijual di kedai kek dan jika anda dan menggunakan premix span ini lagi selamat kerana kek yang dibakar memang pasti gebu dan cantik setelah dibakar. Jika anda lebih suka menggunakan span premix silakan, tambah aja pewarna dan perisa pandan, lagi mudah.Tip membuat kastard pula adalah anda perlu masak dia sehingga dia pekat tetapi jgn terlalu likat nanti susah untuk dilapiskan atas kek nanti, pekat dia seolah2 seperti inti kaya yang dalam roti tuh. Instant jellly adalah serbuk agar2 yang ada dijual di pasaraya yang berfungsi untuk menjadikan kastard  set dan keras bila disejukkan nanti. Senang kan nak buat pencuci mulut ini? cubalah.
 
Bahan-bahan kek span
125 gm( ½ cawan+2 sudu makan) gula kastor
10 gm(3/4 sudu makan) ovalette
4 biji telur
120 gm (1 cawan) tepung kek/ tepung halus
1 sudu kecil serbuk penaik
40 gm air (2 ¾ sudu makan air)
60 gm(4 ¼ sudu makan) mentega cair/minyak masak
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu kecil paste/perisa pandan
sedikit pewarna hijau jika menggunakan prisa pandan

Cara penyediaan

  1. Pukul gula, ovalette,telur , tepung kek dan serbuk penaik dalam mangkuk pengadun dan pukul kelajuan maksima selama 5 minit hingga kembang menggunakan mesin pemukul kek.
  2. Masukkan air dan esen vanila dan pukul lagi hingga kembang dan gebu selama 5 minit lagi.
  3. Masukkan minyak atau mentega dan gaul sebati.
  4. Sediakan acuan kek bulat saiz 8 inci . Lapik kertas serap minyak atau sapukan mentega sekeliling.
  5. Tuangkan adunan dan bakar 45 minit pada suhu 180 darjah celcius atau sehingga kek keperangan dan apabila pencucuk kek tidak melekat apabila dicucuk ditengahnya.
  6. Leretkan pisau sekeliling bekas kek dan keluarkan kek.Keluarkan dari ketuhar dan telangkupkan atas redai
  7. Terbalikkan semula kepada asal. Sejukkan.selama 10 minit supaya kek tidak mendap.
  8. Bahagikan kek kepada dua. letakkan lapisan pertama dalam acuan. Sendukkan custard lebih kurang  setebal 3-4 cm.
  9. Lapiskan lapisan kek yang kedua kemudian teruskan proses melapis sehingga lapisan yang teraknir. Sejukkan dalam peti sejuk dan biarkan kastard set (keras). Bolehlah dimakan.

Bahan-bahan kastard kaya
500ml (2 cawan)santan
125ml (1/2 ml) air
200gm ( 1 cawan) kaya
15gm (1 sudu besar) instant jelly
3 sudu makan (60ml) paste/perisa pandan

Cara-cara penyediaan

  1. Campurkan semua bahan dan masakkan sehingga likat.
  2. Tuang diatas kek dan lapiskan kan kek yang telah dibelah tadi.\
  3. Sejukkan sehingga isian pandan mengeras,

6 comments:

ct amienah amyra as-sunnah berkata...

mekasih hencik chef..harus cuba resepi yg simple ni... :)

Azli Razali berkata...

ct harus dicuba ok.

Nieza berkata...

i like! dh lama cari resepi ni sebab suka mkn kek kastard ni....tqvm! n thanks for sharing!..:)

azlirazali berkata...

Nieza sama cuba ok

plankton berkata...

omg nmpak yummy sangat..ni termasuk dalam must-try list

Tanpa Nama berkata...

Macam mana nak buat pandan layer cake chef???