12 Januari 2011

Dori dengan lime dan halia

DORI adalah sejenis ikan. Masakan ini adalah makanan ala western yang dimakan bersama sos halia dan lime (limau nipis). Sosnya yang sedikit masam sangat sesuai dimakan bersama ikan. Ia dapat mengurangkan rasa hanyir ikan. Pasta pula adalah sumber karbohidrat untuk hidangan ini. Anda boleh gunakan sebarang jenis pasta. Dalam gambarini saya menggunakan pasta jenis tagliatelle. Sayur pula gunalah sayur mengikut kesukaan anda ok. So apa lagi ambik fork and knife dan makan lah style mat saleh!   Tapi kena masak lah dulu  baru leh makan! hikhik 

Bahan-bahan
1 kg ikan dori (fillet)
1/2 sudu kecil herba campur
2 sudu jus lemon
1 sudu makan minyak sayuran
1 biji kulit lemon-parut/hiris
1 tangkai daun parsly/ketumbar-cincang
500gm pasta-rebus sehingga empuk
1/2 biji bawang besar-cincang halus
secukup rasa garam
secukup rasa serbuk lada putih/lada hitam
100gm pasta
100gm sayur ( brocolli, cauliflower dan lboak merah)

Bahan sos
400ml stok ikan/ air+sedikit dengan serbuk pati ayam/kiub stok ayam
4 sudu makan (60ml ) krim
250 mentega sejuk -potong kecil
3 biji jus lime/limau nipis
1 inci halia-cincang halus
4 sudu roux
Secukup rasa garam

Bahan-bahan roux
100gm mentega
100gm tepung gandum

Cara membuat
  1. Gaulkan ikan dengan garam, lada putih, jus lemon, kulit lemon, minyak, dan daun parsley/ketumbar. Kukus sehingga ikan bertukar warna.
  2. Untuk sos, panaskan stok kemudian masukkan  mentega. Kacaukan dengan wire whisk.
  3. Masukkan krim dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan jus lime dan pekatkan dengan roux jika kurang pekat. Perisakan dengan garam dan kiub pati ikan/kiub pati ayam Kacau sebati.
  5. Tutup api dan susun semuanya di atas pinggan. Curahkan sos yang telah siap. 
  6. Sedia untuk hidangan.
Cara membuat roux
  1. Cairkan mentega kemudian masukkan tepung dan kacau hingga sebati.

1 comments:

nairaariaa berkata...

cmtu ke?penah masak,,,tp goreng tepung je sbb xtaw nak buat cmne...hmm,,boleyh la try resepi baru nie...hee~