23 Januari 2011

Kek marble blueberi

SUDAH selalu makan  kek marble yang ada coklat tuh?Apakata kali ini saya cadangkan  anda cuba pula buat kek marble blue beri ini. Sebenarnya saya menggunakan asas resipi kek butter dan menggantikan koko dalam marble kek biasa tuh dengan blueberi. Jadi takdelah jemu ashik2 dengan kek marble yang biasa jerkan. Anda hanya kuap2kan adunan yang dicampur  untuk mendapatkan corak marble, senang jer. Blue beri mudah dibeli di kedai2 pastri dan ada sesetengah pasaraya yang menjualnya. Apalagi! cubalah resipi ini. Kalau best bagi tau kawan2 jiran2 belakang, depan dan tepi  dan sedara mara tau hahah. Selamat mencuba!
Bahan-bahan
250gm mentega
250gm gula
5 biji telur
250gm tepung halus/ tepung kek (superfine)
1 sudu teh serbuk penaik (baking powder)
140gm blueberi

Cara-cara membuat
  1. Sapukan acuan kek bulat berukur 9inci dengan mentega. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celsius.
  2. Pukul mentega sehingga gebu dan kembang.
  3. Masukkan telur satu persatu. Kacau sebati.
  4. Ayak tepung bersama serbuk penaik.
  5. Kemudian masukkan dalam adunan kek. Kacau sebati.
  6. Ambil dalam lebih kurang 2 senduk adunan kek dan campurkan dengan blue beri.
  7. Kemudian, selang-selikan adunan kek dengan adunan yang telah dicampurkan dengan blueberi ketika menuang dalam acuan.
  8. Bakar kek selama 40-45 minit atau apabila dicucuk dengan pencucuk kek ia tidak melekat.

1 comments:

Kaseh NazLieza berkata...

wah...satu klainan yg harus dicuba ni..ehehehe