04 Januari 2011

Elak pisang muda jadi hitam


DARI Dapur Azli Razali nak bukak cawangan baru!. Cuba teka cawangan apa? Eh jangan salah faham! bukan cawangan isteri ok!! sebab saya belum ada mana2 cawangan lagi maklumlah masih bujang hahah (ceh buat iklan free plak! hehe). Sebenarnya kali ini Dari Dapur Azli Razali nak bukak SATU label baru iaitu Petua dan tip. Dalam label ini saya akan berkongsi petua2 dan tip2 yang boleh anda jadikan panduan. Dalam post lebel lain tuh kadang2 adagak petua yang saya   kongsikan. Tapi dalam label baru ini ia merangkumi semua benda termasuk petua kecantikan, kesihatan, petua dalam dapur, tip memasak dan sebagainya  tetapi semuanya berkaitan dengan makananlah, kalau petua rumah tangga ke percintaan ker chek minta hampun dan maap yer. Belum masa nak bukak channel tuh lagi hehe. 
     Pada post kali ini saya ada terbaca dalam majalah keluarga terbitan bulan ini iaitu bagaimana nak mengelakkan pisang muda menjadi hitam. Saya suka sangat dengan gulai pisang muda. Mak saya di kampung selalu masak masakan ini. Senang jer bahan2 untuk masak gulai pisang muda ini kerana ia sama seperti masak lemak cili api jer. Memang layan siutt.  Tetapi oleh kerana pisang muda mengandungi banyak getah maka ia senang berubah warnanya bila kita potongnya dan yang melecehkan. Cara nak elak pisang muda menjadi hitam adalah dengan merendamkannya dalam air garam Ini dapat mengelakkan pisang itu teroksida dengan oksigen. Selamat mencuba!  Sumber dari kiriman Maznah Mat Dom Majalah Keluarga Disember 2010).

1 comments:

inabu berkata...

wahh tip yg bagus..thanx chef sbb berkongsi info...