Tropikal adalah iklim yang di alami oleh negara2 Asia Tenggara. Kita pasti sudah biasa menikmati buah2an tropikal seperti durian, manggis, langsat dan rambutan. Untuk Salad ayam tropikali ni saya menggunakan mangga sebagai bahannya kerana buah mangga adalah salah satu buah tropikal. Membuat salad ini sangat mudah. Ayamnya perlu diperap dan digoreng dahulu. Saya campurkan pasta juga sebagai sumber karbohidrat. Salad ini menggunakan dressing iaitu sos salad. Dressing yang saya gunakan ini saya beli jer kat pasaraya, senang tak payah susah2 nak buat. Salad ini berasa manis kerana menggunakan mangga masak. Jika anda tidak suka rasa manis dari mangga masak, anda boleh menggantikan dengan menggunakan mangga muda.
Salad ini boleh disediakan dengan lebih awal dan disimpan dalam peti sejuk. Sesuai untuk ibu2 buat untuk bekalan makanan anak ke sekolah. Itupun kalau sempat simpan lah, sebab saya takut belum sempat anak nak bawak bekal ke sekolah, mak dia dah habiskan dulu hikhik.. opss gurau jer. Saya tau semua mak yang baca blog ini sayangkan anak korang kan kan kan? so kalau sayang anak janganlah pukul dia tapi apa kata buat salad ini bagi anak2 dan seluruh makan salad ini selamat mencuba!
Bahan-bahan A
400gm isi ayam-didadu
3 sudu kecil serbuk kari
sedikit garam
sedikit kunyit
6 sudu susu
2 sudu makan minyak jagung
Bahan-bahan B
3/4 cawan makaroni rebus
6 biji tomato ceri-belah 2
1/2 biji bawang besar
4 sudu vinegrette dressing- boleh beli di pasaraya
3 tangkai daun ketumbar secukup
1/2 biji mangga masak
30gm Sultana
Secukup rasa garam
Secukup rasa garam
Secukup rasa lada hitam
Cara-cara membuat
- Gaulkan ayam serbuk kari dan garam kemudian goreng ayam dengan minyak sehingga ayam masak. Kemudian masukkan susu cair. Masak sehingga pekat sedikit. Gaulkan dengan daun ketumbar. Angkat dan masukkan dalam mangkuk biarkan sejuk sebentar.
- Kemudian, campurkan semua bahan-bahan lain dan gaul. Perisakan dengan garam dan lada hitam
- Taburkan sultana. Siap untuk hidangan.
0 comments:
Catat Ulasan