Pages

13 Januari 2011

Ayam kicap dengan acar buah

MASAK kicap sebenarnya boleh dipelbagaikan. Kali ini saya campurkan acar buah. Kalau tak suka rasa manis boleh gantikan dengan acar limau yang sedikit masam. Saya tak mencampurkan acar buah ini dengan banyak  kerana taknak masak kicap ini terlalu manis.

Jika anda biasa campurkan dengan kentang kali ini cubalah dengan acar pula. Gunakan kicap masin supaya masak kicap anda lebih balance rasanya bila anda campurka  n dengan acar nanti. kalau nak guna kicap pekat pun boleh tapi tambahkan dengan air. 






Bahan-bahan
1/2 ekor ayam 
3/4 cawan kicap masin
1/4 cawan air
5 ulas bawang merah-kisar
3 ulas bawang putih-kisar
1 inci halia-hiris
2 sudu sos tiram
2 sudu acar buah
sedikit kunyit
sedikit garam
secukup rasa lada hitam
2 cawan minyak

Cara membuat
  1. Lumur ayam dengan kunyit dan goreng sehingga 3/4 masak. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah bawang putih dan halia sehingga wangi.
  3. Masukkan sos tiram, kicap dan acar. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan ayam dan kacau sebati.
  5. Perisakan dengan garam (jika perlu) dan lada hitam.

0 comments: