Pages

18 Januari 2011

Alcan Cookies

NAMA cookies ini adalah gabungan di antara perkataan ground almond dan kacang pecan menjadi Alcan, Almond+pecan=Alcan. Saja gedik nak bagi nama Alcan, pasal nama nih  cam komersial. Komersial tak? ngeh ngeh ngeh. Cookie ini tidak memerlukan penerap kerana anda hanya perlu membentuknya menggunakan tangan. Amat mudah. Cookies ini  bagi saya istimewa kerana menggunakan  tepung berprotein tinggi atau tepung roti, tidak menggunakan serbuk penaik dan telur. Anda boleh menggunakan tepung gandum biasa yang jenama cap sauh tuh jika tidak ada tepung roti. Membuat cookies bukan hanya sesuai dibuat pada musim perayaan sahaja tetapi anda boleh membuat cookies ini pada bila-bila masa. Ia perlu simpan dalam bekas kedap udara dan sesuai dinikmati pada waktu pagi tengahari petang dan malam hehe.
Tip membuat cookies ini adalah anda jangan menguli terlalu lama sangat selepas memasukkan tepung kerana cookie akan menjadi dan liat disebabkan pembentukan gluten dalam tepung ini. Jika anda ingin menggunakan serbuk lain seperti ground hazelnut etc untuk menggantikan serbuk almond pun boleh, tiada masalah ok. Apa lagi marilah kita membuat cookies beramai-ramai ahak!

Bahan-bahan
440 gm mentega
155 gm gula kaster
60gm gula perang
10gm vanilla essence
500gm tepung gandum/tepung roti
375 ground almond
100gm kacang pecan untuk hiasan

Cara membuat
  1. Pukul mentega dengan gula sehingga hampir gebu, kemudian masukkan vanilla dan kacau.
  2. Satukan tepung dan ground almond dan kemudian masukkan dalam adunan mentega.
  3. Kacau  sehingga membentuk doh.
  4. Bentukkan doh menjadi bebola kecil. Susun atas dulang yang telah disapu marjerin.
  5. Letakkan kacang pecan dan tekan di tengah. Bakar selama 15-20 minit pada suhu 180 darjah atau sehingga masak kekuningan.
  6. Setelah itu biarkan cookie suam dan keluarkan dari dulang. Sejukkan sebelum simpan dalam bekas.

0 comments: