08 Januari 2011

Croissant ayam kobis merah

CROISSANT ayam kobis  merah ini dikategorikan sebagai sandwich.  Makanan orang Perancis nih telah saya fusionkan. Maksud dia saya telah menambah selera asia dalamnya. Kalau orang Perancis nak marah saya marah lah! aku tak peduli hehe. Bukan apa sesekali apasalahnya kita sesuaikan makanan barat dengan selera kita. kalau orang kita leh kahwin ngan mat saleh dan minah saleh, apa salahnya kita antarabangsakan citarasa tempatan betuitak? Hai duk membebel pasal kahwin2 plak teman nih. Nih nak habaq sat, sebenaqnya inti croissant nih teman gunakan filling yang teman masak untuk artikel Dari Dapur Azli Razali  di Utusan Malaysia tuh. Jadi adalah lebih makanan nih, tuh yang gunakan untuk buat croisant pulak!     
     Kebetulan semasa shopping barang2 mentah kat J.Jusco saya belilah croissant. Pasal tgk croissant dia tak bleh blah, harga dah lah murah 99 sen seketul patuh gebu  semacam (opss tersebut nama mat gebu plak hehe). Oleh kerana duk buhsan dengan filling biasa jadi saya gunakanlah lauk lebih nih untuk inti dia. jika anda taknak guna croissant anda boleh ganti dengan roti2 jenis yang lain. pun bolehh. Layan jugak. Tapi saya suka rasa croissant nih sebab dia lemak dan lembut . Selamat mencuba!

Bahan-bahan
5 biji croisant
5 sudu mentega/mayonais
5 helai daun salad
400gm ayam kobis merah (klik sini untuk resepi)

Cara-cara membuat
  1. Belah dua croissant dan sapukan mentega.
  2. Alaskan dengan daun salad. Kemudian letakkan ayam kobis merah.
  3. Tutup dengan kepingan satu lagi yang dibelah.
  4. Siap untuk hidangan.

1 comments:

Nieza berkata...

sedapnya..