Pages

12 Januari 2011

Salad ketam dengan green Goddess

SALAD ini adalah salad yang menggunakan ketam. Saya dapat resipi ini daripada buku Reader's Digest Complete Guide to Cookery tau. Sebenarnya resipi asalnya menggunakan lobster, tapi mana plak nak cekau lobsterkan? Kalau adapun,  harganya teramatlah mahal. Boleh kecut dompet kalau membelinya hehe. Jika anda tidak dapat membeli crab claws tuh, anda guna jer lah crab stick dan isi ketam sahaja.  Kalau nak tambah isi ikan pun boleh.Crab claws tuh ada dijual di pasaraya di bahagian beku. Jika ada crab claws yang dijual bersalut roti pun boleh digunakan juga.  Crab claws boleh direbus atau digoreng. Kalau suka lebih sihat, rebus atau kukus jer lah. Hidangan ini boleh disimpan dan anda boleh buat bekal ke pejabat untuk dinikmati waktu makan tengahari sebagai makanan sampingan sebelum anda makan nasi. Selamat mencuba!
Bahan-bahan
2 ketul isi sepit ketam (crab claws)-rebus/goreng
12 ketul crab stick
250gm isi ketam
250gm daun salad campuran
375gm green goddess-sila klik sini untuk resepi

Untuk hiasan
2 biji tomato-potong baji
1 biji lemon-potong baji

Cara membuat
  1. Susun daun salad atas mangkuk atau pinggan
  2. Rebus atau kukuk isi ketam, jejari ketam dan sepit ketam.
  3. Kemudian hiris jejari ketam. Campurkan jejari ketam dengan isi ketam  dan campurkan dengan 2-3 sudu green goddess. Kemudian sudukan atas daun salad/atas pinggan.
  4. Susun crab claws atas pinggan.
  5. Hiaskan dengan tomato dan lemon.

0 comments: