17 Januari 2011

Cendawan Masak Lemak Cili Api

SEBELUM ini saya ada kongsikan cerita tentang cendawan dan berkongsi resipi bruschita cendawan. Kali ini saya nak kongsikan resipi cendawan masak lemak cili api plak. Saya suka sangat masakan ini sebab cendawan tiram merupakan favourite saya. Rasanya yang seakan-akan rasa daging ayam tuhla yang membuat makanan nih sedap hehe. Masakan ini kalau guna santan fresh lagi sedap.  Tip masak yang menggunakan santan nih biasalah,  kena selalu dikacau dan masak atas api sederhana sebelum mendidih tuh kalau tak  pecah minyak pulak nanti.Ok apa  lagi perah kelapa jom kita buat. kalau malas nak perah kelapa, perah dari kotak jer, senang!

Bahan-bahan
1 biji setengah (2 3/4)cawan santan
250gm (1 paket) cendawan tiram
15 biji cili api
1/2 inci kunyit hidup
1 batang serai-ketuk
1 ulas bawang kecil
15gm (1/2 genggam) ikan bilis
garm secukup rasaa

Cara-cara membuat
  1. Tumbuk bawang merah , kunyit dan cili api hingga lumat.
  2. Campurkan bahan ditumbuk dengan santan dan serai. Didihkan sambil dikacau dengan api yang sedrhana.
  3. Masukkan cendawan dan biarkan mendidih seketika. Perisakan dengan garam.
  4. Tutup api dan sedia untuk hidangan.

4 comments:

king berkata...

nampak mcm sodap, tapi den tau mmg sodap.. sobab den dah raso... heheheh.... sehingga menjilat jari

storm berkata...

Sodap......bila lak nak masak lauk nie lagi....

naem berkata...

wah sodap eh tgk..tgk pon da sodap mcm mno lau raso...

cendawan cenonet berkata...

This is truly a nice & delicious cuisine..