05 Januari 2011

Cara Hilangkan pahit timun

Sumber gambar
Ha Petua dan tip DDAR kembali lagi! Ruangan tip kali ini saya nak kongsi macamana nak hilangkan pahit timun.  Sebenarnya timun banyak digunakan dalam juadah. Selain dimakan mentah sebagai ulam, timun juga dijadikan salad. Saya percaya ada segelintir dari anda pernah termakan timun pahit kan? macamana rasa timun pahit? masyukkk tak? haha. Ish saya sendiri pernah termakan timun pahit, juling kejap biji mata hehe. Ingat panadol, rupanya timun yang pahit hehe. Baiklah ini cara paling biasa orang buat apabila timun pahit. Senangje, kerat hujung timun atau buntut dia (alah terpaksa sebut ayat kurang sopan niih lah, lau tak, org tak paham hehe).
Kemudian gosok2kan bahagian yang telah dipotong dengan hujung timun yang telah dipotong, gosok diantara satu sama lain sehingga getahnya terkeluar. InsyaAllah timun tidak akan pahit lagi. Kalau pahit juga maknanya u all kena mandi bunga hehea. Ish bukanlah, sebenarnya timun tuh memang jenis yang pahit lah. Tapi apasalahnya kalau pahit pun. Pahit itukan ubat. mesti banyak penawar dan khasiat pada timun yang pahit itu. Antara khasiat timun ia dapat membersihkan ginjal!

2 comments:

Ietams berkata...

saya selalu amalkan cara mcm ni kat timun

mizz_hizzhizz berkata...

pahit sampai tergeliat urat mata... ngehngehngeh