26 Januari 2011

Telur Hancur dengan Terung

MENCARI menu yang paling simple dan cepat?. Ha ini saya ada resipi yang mudah lagi cepat. Mungkin sudah biasa makan telur hancur bukan? tapi kali ini saya campurkan telur hancur nih dengan terung, daun bawang dan sedikit cili padi. Memang sedap!. Kalau telur nih buat sandwich pun sodap gak.  Kalau makan dengan nasi putih panas2 dengan kicap dan ikan masin biasa atau ikan masin pekasam oun layan. Fuhh! confirm lupa diri sekejap! hehee, so jom goreng telur!

Bahan-bahan
5 biji telur ayam
1 tangkai daun bawang
3 biji cili padi-hiris nipis
1/2 biji bawang besar-cincang
1/2 biji terung panjang-didadu kecil
sedikit garam
sedikit lada hitam
1 sudu makan minyak

Cara-cara membuat
  1. Pukul telur bersama, cili api, daun bawang, garam dan lada hitam di dalam mangkuk.
  2. Panaskan minyak dan gorengkan bawang sehingga harum.
  3. Kemudian goreng terung sehingga lembut.
  4. Masukkan telur dan kacau sehingga telur hancur dan masak.
  5. Angkat dan hidangkan.

1 comments:

CtNuraa berkata...

confirm sy try resipi ini...sbb sgt3 senang nk wat...hehehe...tp oleh sbb sy xmkn terung,maka sy akan tkr terung itu dgn sayur lain...hmmm,blom pkir lg mau tkr dgn sayur ape...maybe kacang pnjang pn orait gak...btw,thanks!!