28 Januari 2011

Sup Lobak Merah Bekrim

Slurppp! ha tuh bunyik  bila kita sedang  menghirup sup yang panas hehe. Baiklah anda suka hirup sup? why not u all cuba sup berkrim yang dibuat sendiri. Senang jer buat sup berkrim kalau nak buat sayur2 yang lain pun boleh ganti jer dengan carrot nih. U all boleh gantikan dengan cailiflower, brokoli, jagung dan macam2 lagi. Guna aja asas sup krim nih ya. Pastuh beli roti Perancis, bakar dan sapu dengan mentega bawang putih. Aduhh mashukkknya tidak terkira! resipi adalah dari artikel saya yang keluar di Utusan  Malaysia dan jika u all nak baca artikel dan tgk gambar sup nih klik lah kat sini. Apa lagi jom kita menghirup sup!Selamat menghirup!

Bahan-bahan A-Sup
½ biji (40gm) bawang besar
3 biji (15gm) bawang putih
½ sudu (5gm) teh herba campuran-Mixed herbs
2 batang(400gm) lobak merah-potong kecil
1 batang (60gm) seleri-hiris
2 ½ sudu makan mentega
1.250 liter (5 cawan) air
2 ketul kiub ayam
250ml (1 cawan) susu
125ml (½ cawan) krim-whipping cream\
½ cawan (90gm) jagung dalam tin
Secukup rasa garam
Secukup rasa lada putih

Cara-cara penyediaan

  1. Cincang/mesin bawang merah dan bawang putih.Kemudian tumiskan dengan mentega yang telah dipanaskan dalam periuk bersama herba campuran sehingga wangi.
  2. Masukkan seleri dan lobak merah. Tumis sebentar.
  3. Masukkan air dan biarkan mendidih.
  4. Padamkan api sebaik-baiknya biarkan suam. Kisar air rebusan bersama lobak merah dan seleri yang direbus sehingga halus.
  5. Tapiskan dalam periuk dan panaskan kembali bersama kiub ayam.
  6. Masukkan roux dan kacaukan dengan pembancuh gegelung(wire whisk) sehingga sebati dan tiada ketulan roux lagi.
  7. Perlahankan api .Masukkan susu dan jagung . Biarkan mendidih sebentar.
  8. Masukkan garam, lada sulah dan krim. Kacau perlahan dan tutup api.
  9. Hidangkan dalam mangkuk dan hiaskan atasnya dengan krim atau daun parsly.
Bahan-bahan B- Roux

90gm mentega
90gm tepung gandum


Cara-Cara penyediaan

Cairkan mentega dalam periuk. Kemudian campurkan tepung dan kacau sehingga ia membentuk adunan. Padamkan api.

0 comments: