Pages

12 Januari 2011

Minestrone dengan chickpea

SEPERTI biasa semester baru telah bermula kerja sebagai pensyarah balik seperti biasalah. Warga kampus sudah mula sibuk maka dapur fakulti nih pun juga sibuk dengan kelas praktikal nya.  Ini adalah menu sup untuk kelas pertama praktikal. Saja jer tepek resipi nih kat sini supaya students dan anda yang terjah ke blog ini boleh mencuba menu ini.

Sup menestrone adalah sup sayur-sayuran dari Itali yang popular dan sering dinikmati ketika musim panas. Ia menggunakan stok, tomato dan sayur-sayuran. Resipi asli sup ini menggunakan haricot bean, sejenis kekacang tetapi saya menggantikannya dengan kacang kuda (chick pea) . Anda boleh merebus kacang kuda atau membelinya dalam tin di pasaraya.
Bahan-bahan
150gm kacang kuda/haricot
4 sudu makan(60ml) minyak zaitun
2 batang lobak merah-belah 4 dan potong kiub
2 biji bawang merah-potong kiub
3 batang seleri-hiris nipis
2 baytang leek-hiris nipis
12 batang kacang buncis-potong 0.5 inci
1/4 biji bunga kobis
90gm makaroni -rebus sehingga empuk
1 biji zuchini
3 biji buah tomato-rebus sebentar, kupas kulit dan cincang
2 sudu makan (30gm) daun basil segar-hiris halus
150gm keju-semasa untuk dihidang
1/2 sudu kecil  herba campur (mixed herbs)
secukup rasa serbuk lada hitam
secukup rasa garam
secukup rasa stok pati ayam

Cara-cara penyediaan
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan lobak merah bersama herba campur sehingga layu dan wangi.
  2. Masukkan tomato dan kacau sebentar.
  3. Masukkan stok ayam dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan semua bahan lain dan biarkan empuk.
  5. Perisakan dengan garam, lada hitam dan serbuk pati ayam (jika suka).
  6. Taburkan keju permesan apabila hendak menghidangkannya.

0 comments: