KERANA terlalu excited nak berkongsi resipi dengan bloggers maka saya ambil keputusan untuk postkan resipi ini. Resipi ini sebenarnya adalah resipi saya dalam artikel Dari Dapur Azli Razali di Utusan Malaysia keluaran akan datang nih. Resipi ini untuk artikel syaa tentang kelebihan kobis merah so kalau nak tau tentang cerita kobis merah belilah Utusan Malaysia setiap jumaat ok (heheh promote nampakkk???) hehe.
Mana2 yang suka simpan koleksi resipi, bolehlah gunting artikel bersama resipi tuh dan simpan dalam peti besi hehe. Kali ini hanya resipi sahaja dulu yang akan saya kongsikan disini tapi artikelnya kenalah tunggu artikel sepenuhnya terbit keluar kat suratkhabar dulu ya. Tak surpriselah kalau keluarkan semua sekali. Nanti kuranglah aroma ruangan Dari Dapur Azli Razali tuh pulakkkk hehe.
Mana2 yang suka simpan koleksi resipi, bolehlah gunting artikel bersama resipi tuh dan simpan dalam peti besi hehe. Kali ini hanya resipi sahaja dulu yang akan saya kongsikan disini tapi artikelnya kenalah tunggu artikel sepenuhnya terbit keluar kat suratkhabar dulu ya. Tak surpriselah kalau keluarkan semua sekali. Nanti kuranglah aroma ruangan Dari Dapur Azli Razali tuh pulakkkk hehe.
Menu ini memang tersangatlah senang kerana teknik nak buat dia tak susah disamping bahan pulak senang nak carik. Teknik memasak juadah nih pulak korang hanya perlu gaul dan goreng jer ayam nih. Goreng2 dah siap untuk di dimakan. Kalau daging ini diperap semalaman lagilah umppph. Kalau taknak guna isi ayam u all boleh gunakan ayam dengan tulang atau kalau nak guna daging pun boleh. makanan ini tidak berkuah jadi kalau nak berkuah tambahkan susu dan air ya. Jadi selamat mencuba ok.
Bahan-bahan
2 keping (400gm) dada ayam }potong dadu besar1 ½ sudu kecil (10 gm) rempah kurma
2 sudu kecil (10gm) serbuk cili
1 ½ sudu kecil (10gm) serbuk kunyit
6 tangkai (5gm) daun ketumbar }hiris
1 biji bawang besar (35 gm) }cincang halus
3 ulas bawang putih(20gm) }cincang halus
1 biji kecil (100gm) kobis merah }hiris
2 sudu makan (50gm) sos tomato
½ cawan (125 ml) air
5 sudu makan (75ml) susu cair
6 biji tomato ceri/1 biji (60gm)} tomato biji belah/cincang
2 sudu makan (40ml) minyak jagung
Secukup rasa garam
Secukup rasa lada hitam
Cara-cara penyediaan
- Lumurkan ayam dengan rempah kurma, serbuk cili, serbuk kunyit, daun ketumbar, bawang besar, bawang putih dan sedikit garam.
- Goreng dengan minyak jagung sehingga ayam masak. Angkat dan ketepikan.
- Masukkan kobis merah dan goreng sebentar sehingga setengah layu.Masukkan sos tomato, air dan susu. Kacau sebentar. Perisakan dengan garam dan lada hitam..
- Masukkan tomato dan kacau.
- Tutup api, angkat dan hidangkan.
2 comments:
wah sedapnya resepi yg simple dan nampak sedap...bolehlah mencuba nanti..:)
eemmm... edapnya....
Catat Ulasan