25 Disember 2010

Bread butter pudding pisang/puding roti pisang

INI adalah resipi lain untuk membuat bread butter pudding yang saya dapat dari buku profesional baking 4th edition. Jadi anda bolehlah cuba juga resipi ini. Jangan lupa makan dengan lawannya iaitu sos kastard atau juga dikenali dengan nama creme anglaise. Ia akan menambahkan kelazatan puding ini. Saya cadangkan anda makan puding ini semasa ia sejuk dan pasti rasanya  lagi bertambah-tambah enak. Jadi bila buat tuh simpanlah di dalam peti sejuk dahulu sebelum anda ngap pudding anda itu hehe. Anda boleh mendapatkan resipi bread butter pudding yang lain dengan klik di sini dan  resipi sos vanilla/ custardnya. Cara membakar roti ini adalah menggunakan cara steam bake iaitu membakar di atas dulang yang mengandungi air di dalam oven cara ini dapat menjadikan puding lembab dan  tidak terlalu kering sesudah dibakar. saya campurkan pisang dalam puding ini jadi ada kelainan sikit pada puding ini.Selamat mencuba ya!

Bahan-bahan
10keping roti putih
sedikit mentega
2 biji telur
1/2 gula kaster
1 sudu makan esen vanilla
300ml susu
300ml krim
3 biji pisang emas-hiris
1/2 cawan mixed fruit
1 genggam kacang badam

Cara-cara penyediaan
  1. Sapukan mentega sedikit pada roti dan potong roti kepada setengah atau 4 bahagian  .
  2. Susun roti yang disapu mentega dan pisang dalam dulang yang boleh memuatkan semua adunan.
  3. Di dalam mangkuk yang lain campurkan telur, gula, susu dan vanilla. Kacau sehingga sebati.
  4. Tuangkan dalam acuan yang telah disusun roti tadi.Taburkan mixed fruits dan badam.
  5. Letakkan air di atas dulang dalam oven. Kemudian letakkan acuan di atas dulang yang mangandungi air tadi.
  6. Bakar pada suhu 180 darjah celsius selama 30-35 minit atau sehingga puding set/mengeras keperangan.
  7. Sejukkan dan makanlah bersama sos kastard/creme anglaise.

2 comments:

Kak rus berkata...

Salam Chef Azli....kak rus dah pun mencuba piza keluarga....best rasanya,skrg nak mencuba kek keju pula....tapi saiz resepinya keju sampai 1 kg...maknanya kak rus kena perkecilkan saiz resepinya....leceh juga....apapun terima kasih

Mak Lagenda berkata...

Slm perkenalan..sedapnyaaaa puding roti nih!!

nnt nak trylah. Chef yg share resepi, harus kena cuba. Musti sedap kan?