Pages

07 April 2010

Bread Butter Puding

BREAD BUTTER PUDDING memang popular antara kita dan mungkin ramai yang tahu bread butter puding ini merupakan makanan pencuci mulut tradisi orang-orang UK u know!. Banyak versi yang kita boleh gubah daripada resepi asalnya kerana ada yang mencampurkan dengan jem strawberi dan sos coklat atau coklat cair malah ada yang meletakkan ceri lagi!. Dessert ini boleh dimakan dengan aiskrim. Atas permintaan saya uploadkan resepi bread butter pudding yang klasik resepinya. Dan resepi ini jika nak jimat perbelanjaannya bolehlah anda menggunakan susu cair untuk menggantikan cream yang agak sedikit mahal harganya. Tapi kalau guna cream tuh hasilnya lebih berlemak dan berkrim disukai ramai!


Bahan-bahan


10 keping roti putih
sedikit mentega
2 biji telur
1/2 gula kaster
1 sudu kecil esen vanilla
300ml susu
300ml krim
1/2 cawan kismis
1/2cawan kacang badam

Bahan sos vanilla
1 tin susu cair
200ml susu segar
100gm gula kaster
80ml air
1 biji telur
2 biji kuning telur
1 sudu tepung kastard
1 camca teh essen vanilla


Cara-cara penyediaan
  1. Sapukan mentega atas roti sedikit.Susun atas acuan pembakar.
  2. Kemudian bancuh semua bahan A. Curahkan dalam bekas berisi roti yang disusun.
  3. Taburkan kismis dan badam atas roti dan bakar sehingga masak kekuningan.
  4. Untuk menyediakan sos vanilla bancuh semua bahan dan masak dengan api yang sederhana sehingga likat dan sejukkan. Pastikan dikacau sentiasa supaya tidak berketul.Sedia untuk dihidangkan.

3 comments:

ILA berkata...

Chef, kalau nk guna cream, cream apa yg seelok-eloknya?

Azli Razali berkata...

boleh guna whipping creamada di bhgan keju kalau ketesco/giant.

Tanpa Nama berkata...

salam chef. do you have any suggestions on what can i use as substitute to cream??