20 Disember 2010

Topping Chocolate Ganache

CHOCOLATE ganache adalah topping yang selalu digunakan untuk kek coklat lembab. Anda boleh gunakan untuk kek jenis lain seperti kek coklat keju dll. Jangan masak dengan api yang terlalu kuat kerana takut coklat akan menjadi hangus pula nanti. Biarkan ganache yang telah masak disejukkan sebentar sehingga sedikit keras supaya mudah disapu atas kek.

Bahan-bahan
115 gm coklat masakan/ dark chocolate
80 ml krim putar( whipping cream)-ada dijual di pasaraya di bahagian mentega
1 sudu teh mentega

Cara penyediaan
Campurkan semua bahan-bahan dan masak atas api yang sederhana sehingga cair. Sejukkan dan sedia disapu di atas kek.

0 comments: