24 Disember 2010

Ayam Percik Kelantan

Bahan Bahan

1 ekor ayam-potong 4 bahagian
Sedikit kunyit serbuk
Sedikit garam
Bahan Kuah
Ambil 4 -5 cawan santan dari 1 biji kelapa @ (santan kotak 200 ml + 2 cawan air)
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci halia
1 keping asam keping
garam secukup rasa
2 sudu kecil gula
2 ulas buah keras- pilihan untuk memekatkan santan terutama kalau guna santan paket
CARA-CARANYA:

Cara Menyediakan Kuah Percik

  1. Kisar bawang merah, bawang putih, serai halia& buah keras sehingga halus.
  2. Panaskan santan dan masukkan bahan yang dikisar, garam dan asam keping. Kemudian setelah garing masukkan santan.
  3. Kacau sentiasa sehingga santan naik minyak dan pekat. Masukkan sedikit gula dan masak sekejap lagi. Rasakan biar secukup rasa.
Cara menyediakan ayam
  1. Ayam dibersih dan dikelar. Lumurkan dengan garam dan kunyit.
  2. Bakar ayam dlm oven dengan suhu 200 darjah celsius (api atas bawah) selama 20 minit atau sehingga ayam masak. Boleh membakar atas api arang (lagi sedap) Sementara ayam masak boleh lah sediakan kuah percik.
  3. Lumur/ curahkan dengan sedikit kuah percik yang telah siap atas ayam yang telah masak. Dibakar ekali lagi lagi sebentar sahaja dan balik-balikkan sambil curah kuah diatas bahagian ayam yang satu lagi dan bakar lagi bahagian yang satu lagi agar kuah meresap ke dalam isi ayam tadi.
  4. Setelah siap, curah sahaja kuah percik pada ayam.

2 comments:

sonata anak kancil berkata...

sedap...sy suka ayam percik! tapi tak pernah buat...boleh dicuba ni...tk

meQ berkata...

yup.....bole terai neh....