12 Disember 2010

Hot Chocolate

CUBALAH membuat minuman yang menyegarkan dan mengasyikkan ini. Cara membuatnya sungguh mudah dan bahan-bahannya juga senang didapati di pasaraya. Gunakan chocolate yang gelap dan berkualiti mutunya supaya hot chocolate yang anda buat sedap rasanya. Anda perlu berhati-hati apabila memanaskan susu kerana susu mudah meruap.Panaskan susu dengan api yang sederhana sahaja. Jika di restoran lima bintang mereka akan memanaskan susu dengan menggunakan steamer sehingga susu berbuih namun jika anda tiada mesin ini, anda boleh menarik atau memukul susu dengan wire whisk yang tengah panas. Gunakan whipping cream yang dalam tin dengan spray sahaja di atas hot chocolate. Jenis cream ini sering digunakan untuk minuman seperti coffee blended. Jadi apa lagi selamat menikmati minuman ini ok! syokkk!
Bahan-bahan
3 cawan susu penuh berkrim (full cream)
1/3 atau 1/4 cawan coklat masak (dark chocolate)
1 sudu makan gula
1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
Tiga sudu krim putar jenis spray (dalam tin)

Cara penyediaan
  1. Masakkan susu sehingga mendidih atau panaskan susu dalam microwave (1.30 minit-2 minit medium heat).
  2. Campurkan gula dan coklat masak dan kacau sehingga sebati. Paanaskan kembali.
  3. Kemudian tarik atau pukul dengan wire whisk. Pukul sehingga berbuih.
  4. Spraykan krim atas hot chocolate dan taburkan dengan sedikit serbuk kayu manis atas krim
  5. Sedia untuk diminum.

4 comments:

Farrah MF berkata...

Chef, klu coklat masakan ni kita tukar dgn serbuk koko boleh ke?

Tanpa Nama berkata...

salam chef, camne nak panaskan susu dlm microwave?tak tumpahke ? dan brapa minit?

Azli Razali berkata...

farrah: boleh saja gantikan tetapi tambahkan gula dia
Tanpa nama: boleh jangan lama sangat dalam 1 minit 30saat ke 2 minit medium high sudah cukup

Tanpa Nama berkata...

air x pyh bubuh ke?