09 Disember 2010

Crumble Epal

Salam kepada bloggers! resipi crumble epal ini telah saya kongsikan dengan pembaca ruangan Dari Dapur Azli Razali di Utusan Malaysia pada 3 Disember 2010 lepas dengan tajuknya Rahsia sebiji epal. Bagi mereka yang ingin mengetahui bagaimana untuk menyediakan juadah ini dengan lebih terperinci dan untuk mengetahui apakah rahsia yang terkandung di dalam buah epal  silalah baca artikel ini dengan klik di sini ok.


Bahan-bahan Isi
7 biji (1360 grams) epal hijau jenis Granny Smith @ apa2 jenis epal hijau yang keras -kupas, buang empelur (biji) dan hiris setebal 2.5 cm
2-3 sudu makan (30 gm) gula perang
2 sudu makan tepung jagung
Bahan-bahan crumble topping
3/4 cawan (100 gm) tepung
3/4 cawan (150 gm) gula perang
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
3/4 cawan (70 grams) rolled oats
1/3 cawan (40 grams) kacang walnut-dicincang
1/2 cawan (115 grams) mentega yang masih masih sejuk-potong kecil

CARA-CARA PENYEDIAAN
Panaskan ketuhar pada kepanasan 180-190 darjah celsius dan sapukan mentega pada acuan tin atau mangkuk kaca tahan panas bersaiz 25 cm.

Untuk Isi

  1. Di dalam mangkuk besar, campurkan semua bahan-bahan isian (epal, gula dan tepung jagung). Gaulkan sehingga semuanya bercampur sebati.
  2. Tuang dan ratakan dalam acuan/mangkuk yang telah disapu mentega tadi. Kemudian tuangkan adunan crumble topping yang telah siap di atas epal dan ratakan.
  3. Bakar selama 15-17 minit atau sehingga crumble topping menjadi garing serta keemasan dan epal mengeluarkan sedikit jus.
  4. Keluarkan daripada ketuhar dan boleh dinikmati ketika panas atau sejuk.
Untuk Crumble Topping

  1. Letakkan semua bahan-bahan crumble topping (tepung, gula, kulit kayu manis, oat, kacang walnut dan mentega) di dalam mangkuk.
  2. Gaulkan sehingga semua bahan-bahan menjadi seperti serbuk roti yang lembab. Anda juga boleh menggunakan tangan untuk membancuh crumble ini.


0 comments: