SALAD NICOISE yang berasal dari Nice Perancis ini telah saya kongsikan bersama pembaca Utusan Malaysia di ruangan Dari Dapur Azli Razali pada 10 Disember 2010. Dalam artikel ini saya berikan sedikit info tentang latar belakang salad ini dan cara untuk menyediakan salad ini dengan lebih terperinci. Ikutilah cara-cara membuatnya dengan membaca artikelnya di sini ok!
1 genggam/ (100gm) kacang buncis3 biji kentang / (400gm) kentang
2 biji telur
1 biji (90gm) tomato-belah baji
¼ tin / (60gm) isi ikan tuna
½ biji bawang besar-dihiris
½ tin / (7gm) anchovies
¼ biji / (50gm) daun salad
Cara-cara penyediaan
- Potong hujung kacang buncis dan rebus sehingga empuk. Potong kepada 3 bahagian.
- Rebus ubi kentang sehingga empuk dan hiris setebal 6-8cm.
- Rebus telur sehingga masak sepenuhnya. Buang kulit dan belah 4 bahagian.
- Campurkan semua bahan-bahan kecuali telur, daun salad dan anchovies di dalam mangkuk.
- Kemudian, campurkan dengan 6-7 sudu vinegrette dan gaul sebati. Perisakan dengan garam, gula dan lada putih sekiranya kurang rasa.
- Susunkan daun salad atas pinggan dan tuangkan salad. Susunkan telur dan anchovies atas salad. Sedia untuk dihidang.
¾ cawan / (187.5ml) minyak zaitun/ jagung
¼ cawan / (62.5ml) cuka salad
1 ½ sudu kecil bawang besar cincang
½ sudu kecil bawang putih cincang
Secukup rasa garam
Secukup rasa gula
Secukup rasa lada putih
Cara penyediaan Vinegrette
- Campurkan semua bahan-bahan dan kacau sehingga sebati. Simpan dalam bekas sebelum digunakan.
0 comments:
Catat Ulasan