01 Disember 2010

Salad kentang kobis merah

SALAD yang saya kongsikan ini telah diterbitkan dalam majalah I sihat keluaran November 2010. Salad kentang memang enak dimakan terutamanya jika ia digaul dengan mayonis. Memberikan tenaga kepada kita kerana kentang mengandungi sumber karbohidrat utama.  Kali ini saya memberikan citarasa baru dengan menambahkan sos BBQ dan kobis merah dalam bahan-bahannya. Untuk memberikan  sedikit rasa lemak saya menambahkan sedikit mayonis rendah lemak. Salad ini sihat dan sesuai bagi mereka yang ingin mengambil makanan yang rendah lemak dalam masa yang sama ia dapat membekalkan tenaga harian anda.Saya mencadangkan juga anda menggantikan mayonis dan BBQ dengan vinegrette yang diperbuat dari minyak sayuran jika anda ingin salad ini lebih sihat. Ia  boleh dibeli di pasaraya. Tip kali ini adalah teknik merebus kentang.  Jangan merebusnya terlalu empuk kerana dikhuatiri ia akan mudah hancur apabila digaul. Jangan pula merebus terlalu singkat kerana nanti kurang enak dimakan.
Untuk mengetahui kentang anda telah masak adalah dengan mencucuk kentang dan jika didapat pisau mudah dicucuk maka masaklah kentang anda itu. Selamat mencuba!

Bahan-bahan
5 biji kentang-direbus empuk dan didadu
50g kobis merah-hiris halus
1 tangkai daun bawang –dihiris
3 sudu mayonis untuk vegetarian/ mayonis rendah lemak
2 sudu sos BBQ
½ biji bawang besar-dicincang halus
½ sudu teh lada hitam
Secukup rasa garam

Cara-cara penyediaan
1. Campurkan semua bahan dan kacau sehingga sebati.
2. Susun atas pinggan dan sedia untuk hidangan.

3 comments:

wahdi berkata...

Cantik gambar salad tu chef!

Azli Razali berkata...

Wahdi tq tapi bkn sy yg ambik pro yg amik lau sy amik gn cam cabuk jer hehe

Azli Razali berkata...

Wahdi tq tapi bkn sy yg ambik pro yg amik lau sy amik gn cam cabuk jer hehe