Pages

30 November 2010

Kerabu pucuk ubi dan taugeh


KALI ini apakata anda cuba buat kerabu pucuk ubi dan taugeh. Menu kali ini telah saya kongsikan bersama pembaca majalah I sihat keluaran November 2010. Thank you pada Noreen dan abang Fatah (fotographer) untuk keluaran kali ini.  Dalam ruangan menu sihat ini memfokuskan salad dan kerabu. Salad dan kerabu sebenarnya sihat untuk kita cuma penggunaan  bahan-bahan dalam resipinya perlulah dalam kuantiti yang betul dan sesuai. Lihat sahaja kerabu ini yang berasaskan sayur sayuran yang kaya dengan vitamin dan galian selain kaya dengan serat dan antioksida yang mampu manghalang sembelit dan kanser. Jadi apa tunggu lagi, cubalah!

Bahan-bahan

150gm pucuk ubi
2 cawan taugeh
¼ cawan kelapa parut- digoreng tanpa minyak sehingga perang
2 sudu makan jus limau kasturi
2 biji bawang merah-dihiris
1 biji cili merah-dihiris
3 biji cili api- dihiris
3 sudu udang kering-goreng tanpa minyak dan kisar kasar
Secukup rasa garam

Cara-cara penyediaan

1. Celur pucuk ubi sehingga layu dan hiris. Kemudian campurkan dengan taugeh dan gaul sebati.
2. Kemudian gaulkan dengan semua bahan-bahan sehingga sebati.

0 comments: