Pages

28 November 2010

Karipap Rangup

Seperti biasa ini adalah artikel saya di Utusan Malaysia Jumaat lepas. Pada mereka yang inginkan resipi karipap bolehlah klik di sini. Bagi mereka yang tidak berkesempatan membaca tip-tip membuat karipap di Utusan Malaysia Selamat membaca. Adios!

Artikel: Karipap rangup
Ruangan: Dari Dapur Azli Razali
Tarikh:26 Nov 2010

DI Malaysia begitu banyak kuih muih yang boleh kita nikmati antaranya, karipap. Keenakannya menjadikan ia kuih yang sesuai dihidangkan di meja makan ketika minum pagi atau petang.
Bagaimanapun kualiti karipap bergantung kepada resipi dan cara membuat inti dan mengadun kulitnya.
Kali ini saya akan mengajar anda teknik membuat karipap kerana ramai yang bertanya kepada saya bagaimana hendak membuat kulit karipap yang rangup dan sedap.
Bahan-bahan asas membuat karipap sangat ringkas iaitu tepung, minyak dan air. Untuk intinya pula kentang, rempah kari dan bawang digunakan.
Teknik mengadun kulit karipap dianggap penting. Anda perlu mencampurkan minyak dahulu bersama tepung dan pastikan ia diadun dengan sebati.
Anda boleh menggunakan marjerin atau mentega cair bagi menggantikan minyak yang dapat menambah rasa lemak pada kulit karipap.
Minyak digaulkan dengan tepung dahulu supaya kulit karipap menjadi rangup apabila digoreng. Ketika proses ini minyak akan membentuk lapisan di antara tepung yang membuatkan kulit karipap rangup.
Selepas digaul bersama minyak barulah masukkan air sedikit demi sedikit dan diuli dengan sebati sehingga membentuk doh yang lembut. Gunakan air biasa sahaja apabila menguli doh.
Doh perlu diuli sekata agar segala bahan bercampur dengan sebati. Pastikan doh tidak terlalu keras atau terlalu lembik. Doh yang diuli perlu direhatkan agar mudah untuk mencanainya nanti.
Untuk inti karipap pula anda boleh menggunakan ubi kentang, ubi keledek atau campuran di antara kentang dan keledek. Jika inginkan inti yang lebih enak boleh campurkan daging lembu atau ayam. Jika tidak, memadai dengan menggunakan udang kering sahaja.
Membuat intinya memang mudah kerana anda hanya perlu menumis bahan-bahan seperti kari dan bahan-bahan tumis lain dan selepas harum masukkan kentang dan masak sehingga kentang empuk.
Pastikan kentang tidak terlalu empuk sehingga menjadi hancur. Ini akan mengurangkan rasa enak pada inti karipap. Proses seterusnya doh dibulatkan dan dicanai setebal 3-4 sentimeter.
Letakkan inti di tengah-tengah dan lipat atau kelim rapat-rapat kulit karipap dengan jari agar inti tidak terkeluar semasa menggoreng. Membuat karipap memerlukan kemahiran terutamanya ketika proses mengelim tetapi kepada mereka yang tidak mempunyai kemahiran ini anda tidak perlu risau! Sekarang sudah ada alat yang dicipta untuk mengelim tepi karipap.

5 comments:

Naimatul Hafizah Nor Rodin berkata...

saya suka karipap, dan rajin jugak la membuatnya. saya juga kaedah seperti anda bagai mana mahu rangupkan karipap. mak saya yg ajar...tq azli!

Azli Razali berkata...

Hafizah sama2 kalau ada tip yang awak tau beoleh lah share dengan saya juga.

Ajzie berkata...

Asalamualaikum wbt

Saya nak tanya la kenapa semasa saya megoreng karipap.. karipap saya kerap merekah dibahagian kelim nya.. Terlebih minyak/majerin ke? Atau adunan doh aya kurang air?

Tanpa Nama berkata...

Hi! I am aware of this is certainly relatively off-topic however i necessary to consult.

Does indeed operating a well-established weblog similar
to your own property take a lots of function?
We're fresh for you to writing a blog nonetheless complete publish around my record day-to-day. I’d wish to start up a website in order to share the experience and also ideas on the web. Make sure you told me when you've got
virtually any suggestions or maybe approaches for brand-new wannabe weblog homeowners.
Have fun here!
Also visit my blog ... Treating Genital Warts

Tanpa Nama berkata...

Sound advice coming from Paul. I favor the purpose he earned with regards to just as
one professional inside of a distinct place. It can be proved
helpful in my opinion. I’m now not working, yet getting your hands on a reasonable degree of deal
perform. Thank you for publishing interviews.
Joost is just about the best in terms of SEO/Wordpress.
Take a look at my webpage ; www.treatmentforgenitalwarts.info