05 November 2010

Artikel Puding karamel

Hari ini seperti biasa artikel Dari Dapur Azli Razali di Utusan Malaysia berkongsi cara-cara yang betul bagaimana untuk membuat puding karamel atau lebih dikenali Cream Caramel. Jadi semoga tip-tip yang saya berikan akan membantu  anda untuk membuat puding karamel. Bagi mendapatkan resipi puding karamel perisa asli  anda boleh mendapatkannya dengan klik disini. Di entri yang sama saya ada kongsikan juga resipi puding karamel labu. Kalau anda nak resepi puding karamel perisa nescafe pula anda boleh mendapatkan resepinya dengan klik sahaja disini ok.

Artikel: Puding Karamel
Ruangan:Dari Dapur Azli Razali Utusan Malaysia
Tarikh: 5 November 2010

RASANYA yang enak lebih-lebih lagi jika dimakan sejuk membuatkan ramai yang tidak dapat menahan untuk menjamahnya.
Namun ada segelintir yang mengeluh apabila hasil yang dibuat tidak memuaskan. Alasannya yang diberi adalah gula berasa pahit kerana terhangus.
Untuk membuat puding karamel atau krim karamel bukanlah sesusah yang disangka sebenarnya. Jadi pada minggu ini kita belajar cara yang betul untuk membuat puding karamel!.
Bahan-bahan asas membuat puding ini adalah telur, susu dan gula. Puding karamel yang asli hanya menggunakan esen vanilla untuk menambah rasa dan aromanya tetapi anda boleh mempelbagaikan rasanya dengan menambahkan perisa nescafe, pandan atau coklat.
Teknik yang paling penting dalam membuat puding karamel adalah ketika anda membuat gula karamelnya.
Gula karamel ini juga dikenali sebagai gula perang. Gula ini dipanaskan sehingga bertukar menjadi perang dan jangan biarkan gula yang dipanaskan itu menjadi hangus. Gula yang hangus membuatkan puding anda berasa pahit dan kurang enak untuk dimakan.
Gula yang sudah menjadi perang sepenuhnya harus ditutup apinya dan serta merta tuangkannya di dalam loyang. Biarkan gula itu mengeras sebelum anda menuang adunan puding nanti. Gula yang sedang dicairkan hanya perlu dikacau sekali-sekala, jangan dikacau dengan terlalu kerap dan keterlaluan kerana ia akan merubah kristal gula dan mengganggu pencairan gula.
Gunakan api yang sederhana agar gula dapat diperangkan dengan sekata dan terkawal. Untuk membuat pudingnya pula sila pastikan ketika membancuh adunan puding jangan memukul susu, telur dan gula terlalu kuat. Memukul dengan kuat akan membentuk buih yang akan menyebabkan permukaan puding kasar dan berbintik-bintik. Tapis bancuhan ke dalam loyang yang mengandungi gula karamel tadi.
Menapis dapat membuang chalazae (seakan-akan bentuk jeli putih) yang melekat di antara putih telur dan kuning telur. Ini penting untuk mendapatkan puding yang licin dan bersih. Terdapat dua teknik memasak puding karamel iaitu mengukus atau menggunakan teknik steam bake (kukus dan bakar). Steam bake adalah teknik yang menggunakan oven.
Caranya, letakkan air lebih kurang ¼ penuh di dalam dulang, kemudian letakkan loyang yang berisi puding di atas dulang yang berisi air tadi. Pastikan dulang yang berisi air tadi lebih besar daripada loyang yang mengandungi puding. Masukkan di dalam ketuhar dan bakarlah seperti biasa. Anda digalakkan menggunakan api di atas dan di bawah supaya puding anda masak dengan sekata.
Itulah teknik-tenik membuat puding karamel jadi saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua pembaca beragama Hindu dan ambillah kesempatan cuti hari ini untuk membuat puding karamel.

8 comments:

Nani berkata...

salam chef..nk tnya klu nk bt karamel utk topping diatas Cheese kek cmner yer..

Azli Razali berkata...

ok senangjer gunakan resepigula caramel yang saya konsi tuh the tambah 1/2 cawan whipping cream dan kacau sampai pekat

AiDa berkata...

wahh...senang rupanya nak buat puding karamel ni ye bila tau tips & cara yg betul..thnxs chef.;)

izahdaut berkata...

assalamualaikum chef..suke la blog chef..baru terjumpa..i follow..nanti nak cube resepi2 chef..minta halal yeee

azlirazali berkata...

aida sama2
Izah memang saya halalkan dan kongsi2 dan panjang2kanlah resipi saya da;lam nih dengan org lain ok

nani berkata...

t'ksih chef utk resepi caramel..nnti leh saya cuba utk topping atas cheese kek..tQ sesangat..

azlirazali berkata...

ok cream tuh awak campurkan selepas gula dah menjadi karamel baru dimasukkan creaam ok

Tanpa Nama berkata...

hi chef! i da try resepi u ni, menjadi!! (sgt sedap plak tu. hehe) tenkiu very much =D
-isma noornisa-