Pages

01 November 2010

Canalloni filling

Ini merupakan filling atau isian yang boleh digunakan untuk membuat kek atau pencuci mulut yang lain. contohnya gunakan ia sebagai sapuan di atas kek atau brownies. Kalau digunakan untuk melapikkan chocolate chip cookies pun boleh atau lapikkan dengan sponge finger. Buat ala2 macam  filling biskut oreo. Memang terangkat! Kali ini  filling ini akan diletakkan sebagai inti di dalam sarung coklat yang dibentuk seperti silinder. Resipi ini saya dapat dari salah seorang pelajar saya yang baru balik dari latihan praktikalnya. Apabila dia membuat untuk exam praktikalnya dan kebetulan saya jadi panel mereka saya rasai dessert ini sungguh sedap dan apalagi saya pun paulah resepi dia dan hasilnya saya kongsikan dalam blog ini. Saya harap u all boleh cuba. Tak rugi kalau membuatnya!
Bahan-bahan
500 gm keju krim ( cream cheese)
80 gm gula aising
1 biji kuning telur
70gm mixed peel/ mixed fruit-cincang halus
30gm kacang hazel-dipanggang dan di cincang halus
100gm choclate hitam(dark chocolate)/cooking chocolate-dicincang halus

Cara-cara penyediaan
  1. Buat sarungnya menggunakan coklat.
  2. Pukul cream cheese dangan gula sehingga sebati dan lembut.
  3. Kemudian masukkan telur dan kacau sebati
  4. Masukkan mixed peel , kacang dan chocolate. Sejukkan dalam peti.
  5. Keluarkan chocolate silinder yang telah dibentuk dan isikan. Sedia untuk hidangan.
  6. Anda boleh gunakan filling ini untuk topping kek ataau kek brownies dan cookies.

Tip chef: Mixed peel adalah kulit buah-buahan citrus yang dikeringkan yang boleh dibeli di kedai kek atau pasaraya. Anda boleh gantikan dengan mixed fruit yang digunakan untuk membuat kek buah. Untuk membuat sarung coklat anda boleh gunakan paper cup sebagai mould dia iaitu acuan dan bentukkan dengan menuang coklat yang dicairkan dalam paper cup itu, tuangkan lebihan coklat agar ia membentuk seperti mangkuk, keraskan coklat yang melekat pada paper cup itu, setelah coklat itu keras keluarkan daripada paper cup. Sekarang anda boleh guna ia sebagai sarung.

3 comments:

wahdi berkata...

Sexynya rupa dia!

Azli Razali berkata...

wahdi sexi? wow makann pun kena nampaksexi jugak kot baru ada selera nak ngap haha

Tanpa Nama berkata...

hai chef!!..i want 2 add something..kacang2x.. or walnut yg dipanggang 2..chef salutkn ngn caramalized sugar..biar die set..then bru cincang halus...nt akn dpt texture berpasir yg manis bile mix dlm cream 2...(^_^)...