12 November 2010

Aneka kentang


KENTANG boleh dimasak dengan pelbagai cara dan hidangan. Misalnya kentang lenyek, saya pelbagaikan hidangan menjadi dutchess dan kentang sumbat.  Seperti didalam gambar juga saya hiris kentang yang direbus dan saya bakar. Anda boleh pelbagaikan juadah kentang mengikut kesukaan dan sebagai idea untuk hidangan kentang anda apakata  anda cubalah resipi yang turut saya kongsikan dalam artikel saya di Utusan Malaysia Dari Dapur Azli Razali Jumaat 12 November 2010. Selamat mencuba. Anda juga boleh membaca info tentang kentang dengan klik disini


Bahan A
450 gm kentang –kupas kulit dan potong dadu
½ cawan susu UHT/ krim putar
2 sudu mentega
Secukup rasa garam
Secukup rasa serbuk lada hitam
Bahan B
1 tangkai daun bawang-dihiris
70gm (3/4 cawan) keju cheddar-diparut
2 biji kentang bakar-cuci dan belah dua
2 biji kentang rebus- di hiris



  1. Rebus kentang (bahan A) hingga lembut. Tapis air dan lenyek sehingga hancur dan halus.
  2. Masukkan kentang di dalam periuk dan campurkan susu @krim, mentega, garam dan lada hitam. Masak sehingga pekat dan sedikit kental.
  3. Gunakan kentang lenyek ini untuk mempelbagaikan hidangan kentang.
  4. Hidangan pertama:kentang Duchess. Gunakan beg paip dan paipkan kentang lenyek atas dulang yang telah disapu mentega. Taburkan keju di atas kentang yang dipaip.
  5. Hidangan kedua: kentang bakar sumbat. Korek sedikit di bahagian hujung kentang yang dibakar dan paipkan kentang lenyek tadi pada bahagian yang dikorek.
  6. Hidangan ketiga:Kentang hiris. Taburkan keju dan daun bawang isi diatas kentang rebus yang telah dihiris.
  7. Akhir sekali bakar ketiga-tiga jenis hidangan kentang di atas dalam ketuhar bersuhu 180 darjah celsius (kepanasan atas) selama 5-8 minit sehingga keju menjadi perang.

1 comments:

Ash berkata...

Sonang eh..harus ptg ni jua sy wat.dgn pantas.hakhak..