Pages

24 November 2010

Kek Cawan 2

KEK cawan yang saya kongsikan ini menggunakan resipi asas kek butter/pound cake. Memang senang membuat kek cawan ini. yang penting ada kreativiti masing. Selalu berlatih dan rajin2lah cari idea melalui buku, majalah atau internet ok so kalau uall taknak guna resepi 1 seperti yang saya kongsikan. Anda boleh gunakan resipi ini yang lebih mudah, terima kasih kepada saudara Azmi kerana berkongsi resipi. brother nih buat niaga kek cawan tau, so resipi ini memang teruji. Selamat mencuba!

Bahan-bahan kek
450gm mentega
400-450gm gula kaster
520gm tepung naik sendiri
9 biji telur
3 sudu kecil esen vanilla
2 cawan blueberi-pilihan

Bahan-bahan aising
1 kg Gula Icing-ayak (boleh dikurangkan jika tidak suka manis)
600gm creamwell
3 camca esen vanilla

Hiasan
Pewarna
Bunga gula tiruan


Cara penyediaan
  1. Panaskan ketuhar dahulu pada suhu 180 darjah celsius.
  2. Pukul mentega dengan gula sehingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan telur dan dan esen vanilla. Kacau sebati.
  4. Masukkan tepung dan kacau sehingga rata.
  5. Masukkan dalam acuan kek cawan 3/4 penuh. Sebaik-baik guna beg paip supaya tidak comot.
  6. Sekiranya anda ingin meletakkan blueberi letakkan adunan kek 1/2 penuh dahulu kemudian ambil 1 sudu makan belueberi dan letakkan di tengahnya. Tutup dengan adunan kek 3/4 penuh.
  7. Bakar selama 20-25 minit atau sehingga keemasan.
  8. Biarkan kek sejuk dan bolehlah dihiaskan dengan aising. Hias ikut kreativiti anda. Anda boleh mewarnakan aising mengikut kesukaan anda.
Cara penyediaan aising
Pukul semua bahan-bahan aising sehingga gebu dan sebati

0 comments: