10 November 2010

Kek cawan 1

Ini adalah resipi kek cawan yang mudah anda boleh menghiasi kek cawan iini mengikut daya kreativiti anda selamat mencuba!

KEK

Bahan-bahan

1 ¼ cawan/250 gm mentega
1 cawan /230 gm gula kaster
5 biji telur
1 ¼ cawan/270 gm tepung halus (superfine)
1 camca teh serbuk penaik
4 sudu susu pekat
4 camca besar susu segar/cair
1 camca teh esen vanila
Cara membuatnya

  1. Ayak tepung dengan serbuk penaik. Ketepikan.
  2. Putar mentega, gula sehingga gebu. Masukkan sebiji demi sebiji telur, pukul sebati setiap kali.
  3. Campurkan tepung yang diayak, kacau sebati.
  4. Letak susu pekat, susu cair dan vanila.
  5. Bila sebati, timbang sebanyak 44 gm untuk setiap cawan kek (saiz sederhana) atau paipkan 3/4 penuh.
  6. Bakar pada 180 0C selama 20-25 minit atau hingga masak.
  7. Biar kek sejuk sebelum dihias dengan aising.
  8. Untuk menghias ratakan kek cawan dan sapulah kek dengan aising.
  9. Hiaskan mengikut cita rasa kreativiti masing-masing.
AISING
Bahan-bahan

½ cawan/ 100 gm mentega
¾ cawan/150 gm krimwell
¾ cawan/130 gm gula aising-ikut kesukaan
½ camca teh esen vanila
Pewarna mengikut kesukaan

Cara membuatnya

  1. Pukul semua bahan dengan pemutar elektrik sehingga kembang, pucat dan gebu.
  2. Pastikan berhenti sekali-sekali dan kacau dengan spatula supaya semuanya sebati.
  3. Bila kembang, pucat dan gebu, bahagikan mengikut warna yang dikehendaki. Siap untuk diguna.

7 comments:

Nadira Nasarauddin berkata...

oh! oh! thankiu for the resipi!
pasti dicuba tatkala menjelang cuti2 semester nanti :)

Watie Rose berkata...

senang nyer nak buat kek..sy mmg suka buat kek cawan ni..:)

cintacoklatkapas berkata...

boleh tak kek tuh buat cam muffin then topping kan dye dgn ape2 yang kite nak? thn lame tak?

azlirazali berkata...

nadirah&watie buat ok
coklat kapas: boleh takde masalah tapi kalau guna buah-buahan fresh macam epal, atau pisang jangka hayat dia akan berkurang sebaik baik simpan dalam peti sejuk.

EEZAFAIZ berkata...

thanx chef.... excited nk wat dah ni... hehe...

linhaslin berkata...

thanx chef..dah 4 kali kita buat kek ni..sedappp...anak2 kita suka.. ^_^

Fifa Nasir berkata...

boleh x tuka mntega > mnyak jagung,,hmm,,klaw kukus sme x hsilnye??