Pages

03 November 2010

Royal aising

Royal aising selalu digunakan untuk  membuat kek perkahwinan. Ia akan dihias diatas kek perkahwinan atau membuat corak2 mengikut kreativiti masing-masing, namun ia ada juga digunakan untuk menghias diatas biskut atau cookies seperti biskut mama carries, yang selalu bentuk love dan warna putih dan dicorakkan dengan warna coklat. Kalau nak bagi wara letakkan pewarna mengikut kesukaan dan corak yang ingin anda buat. Jangan bimbang pada mulanya royal icing ini memang cair tetapi ia akan semakin keras jika dibiarkan pada suhu bilik.


Bahan-bahan
350gm gula aising
2 biji putih telur
1/4  camca teh cream of tartar

Cara-cara penyediaan
Campurkan semua bahan an sehingga sebati. Bahagikan ikut warna yang ingin dicampurkan, kemudian boleh disapu atas  biskut mama carries atau kek perkahwinan.

4 comments:

emak. bukan penari tiang berkata...

abeh kalau dia dah start keras, maw bagi cair balik camna? letak atas api?

Watie Rose berkata...

oooo...bukan guna krimwell lah yer..boleh cuba gak ni

azlirazali berkata...

ladyRye the best thing jangan buat berlebihan kerana benda ini tidak boleh dicairkan seleapa sejuk dan tidak boleh doipanskan keraana ada putih telur nanti masak putih telur tuh pula.

watie krimwel boleh juga digunakan untuk menyalut kek dan kek cawan tetapi dia tidak akan keras . royal icing untuk membuat kek perkahwinan yang hisannya esotik dan selalunya kek perkahwinan yang menggunakan fondant dan royal icing kurang enak dimakan selalunya dummy jer walaupun kek didalamnya boleh dimakan jika ada yang membuatnya betul2dari kek. rasa krimwell lebih sedap jika diguna pada kek atau kek cawan.

roseparadise berkata...

klu x ltk tartar tu boleh ke