Pages

28 November 2010

Karipap

KUIH karipap. Sapa yang tak kenal dan tak pernah makan kuih ini betul! Semua orang pasti pernah merasai karipap. Saya paling suka dengan karipap yang rangup kulitnya dan intinya yang diperbuat daripada kentang. Saya kurang menggemari inti karipap yang diperbuat daripada keledek kerana rasanya yang manis. Sebenarnya macam2 cara orang membuat kulit karipap ini tapi saya akan kongsikan resepi yang saya jangka mudah untuk anda membuatnya dirumah. Resepi ini saya dapat daripada salah seorang anak murid saya. Bila saya rasa karipap dia buat di kelas praktikal. Fuhh memang sedap.
Asnawi thanks for your moms's recipe. Rupanya ini resepi maknya sebab mak si Asnawi nih memang buat karipap untuk dijual, patut lah sedap!. Apalagi sama-sama lah kita menggentel karipap! Boleh layan untuk minum pagi atau minum petang kan. Tip untuk membuat karipap ada saya kongsikan di dalam ruangan saya Dari Dapur Azli Razali di Utusan Malaysia. Sila klik di sini untuk mendapatkan tip-tip membuat karipap. Selamat mencuba!

Kulit karipap
Bahan-bahan
500gm tepung gandum
125 gm minyak/ marjerin cair
250gm air
1 sudu teh


Cara-cara penyediaan
  1. Gaulkan tepung dengan garam kemudian masukkan minyak dan gaulkan bersama.
  2. Masukkan sedikit demi sedikit air dan uli sehingga membentuk doh.
  3. Rehatkan doh 15 minit dan bolehlah mula meleperkan karipap.
  4. Isikan dengan initi karipap dan tekap\ tepinya menggunakan acuan karipap atau jari.
  5. Goreng dengan minyak yang banyak sehingga keemasan.
  6. Angkat dan sedia untuk dinikmati


Inti Karipap



Bahan–bahan


4biji kentang/400gm
½ biji/150gm keledek kuning
3 sudu makan udang kering-ditumbuk halus
½ cawan daging lembu cincang-pilihan
1 paket kecil rempah kari
2 biji bawang besar- dikisar
1 tangkai daun kari
2 ½ cawan air
Secukup rasa garam




Cara-cara penyediaan


  1. Campurkan kari, daun kari, bawang , udang kering dan sedikit air hingga membentuk pes.
  2. Kemudian tumis dengan minyak yang panas sehingga harum dan sedikit garing.
  3. Masukkan daging jika menjadi pilihan anda dan kacau sehingga daging masak.
  4. Masukkan air dan kentang.
  5. Masak sehingga kentang empuk dan perisakan dengan garam.

2 comments:

wahdi berkata...

tgk gambar pun dah terasa keranggupanya!

azlirazali berkata...

wahdi yeker mm thank you