Pages

02 November 2010

Pai Epal

JOM pekena Pai Epal Ala mode. Ala mode tuh adalah bahasa french yang bermaksud  benda2 yang dimakan dengan aiskrim so pai ini dinamakan sebegitulah.

 Bahan bahan A (kulit pai)
175 gm mentega
250gm tepung halus ( superfine)
70gm gula
4 sudu makan air

Bahan Bahan B (hiasan atas)
1 bungkus puff pastry segera-boleh didapati dipasaraya @ gunakan sahaja kulit pai yang dibuat dari bahan A



Bahan-bahan C (Isian Pai)
110 gm gula perang
8 biji epal hijau- dihiris tebal
1/2 cawan air
1 sudu teh serbuk kayu manis
1/2 sudu makan tepung jagung+3 sudu makan air
 
Cara-cara penyediaan kulit pai
  1. Pukul tepung, gula dan mentega sehingga membentuk serbuk roti.
  2. Masukkan air dan kacau sehingga membentuk doh. Rehatkan sebentar dan canai atas acuan pai setebal 8-10mm.
Cara-cara penyediaan Isian
  1. Masak semua bahan-bahan C kecuali tepung jagung sehingga epal lembut.
  2. Kemudian pekatkan dengan tepung jagung. Sejukkan sedia untuk digunakan.
  3. Masukkan isian dalam acuan yang telah diletakkan doh.
  4. Kemudian hiaskan diatas dengan potongan puff pastry atau kulit pastry yang dibuat dari bahan A.
  5. Sapukan telur di atas puff pastry dan bakar dalam 20-30minit  atau sehingga masak keemasan.
  6. Setelah siap bolehlah dimakan dengan ais krim.

5 comments:

Watie Rose berkata...

untuk kulit pai tu takder tepung ke??

Azli Razali berkata...

watie ada tuh tengah duk update tadi.

laily berkata...

cantik warna baru di blog chef ni.. tenang je rasa nya.

Azli Razali berkata...

laily thanks

Atiqahbasar berkata...

chef nak tnyer...knp crust pie nie selalu x berape nak masak yer??ade tips x??