Pages

15 November 2010

Tart buah pic

TART buah pic ini sangat sesuai dimakan begitu sahaja. Resipinya adalah olahan daripada resipi cream caramel  tetapi menggunakan santan dan ditambahkan dengan buah pic di dalamnya. Anda boleh menggantikan dengan susu rendah lemak jika mahu mengurangkan lemak dari santan itu. Jika anda ingin menggantikan dengan buah-buahan lain di dalam isiannya juga pun boleh. Makanlah dengan aiskrim vanilla bagi menambahkan keenakan tart ini. Selamat mencuba!

Bahan-bahan A
(Kulit Tart)
250gm mentega
50gm gulaa aising
400gm tepung superfine
1 biji kuning telur

Bahan-Bahan  B
(Isian Tart)
4 biji buah pic
4 biji telur
½ cawan gula halus
¾ cawan susu cair
½ cawan santan

Cara-cara penyediaan kulit tart
  1. Pukul mentega dan gula sehingga hampir kembang.
  2. Masukkan telur dan kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan gaul sehingga membentuk doh yang lembut. Sekiranya doh keras, tambahkan sedikit air dan jika doh lembut, tambahkan dengan sedikit tepung. Rehatkan doh 15 minit dalam peti sejuk.
  4. Canaikan doh didalam acuan tart/pai 9 inci setebal 8 mm. Sedia untuk digunakan.
Cara-cara penyediaan Isian tart

  1. Masukkan telur ke dalam buah pic.
  2. Kemudian campurkan susu.
  3. Kemudian masukkan santan.
  4. Masukkan gula, kacau campuran sehingga gula dan buah pic hancur.
  5. Tuangkan isian tart ke dalam kulit tart.
  6. Bakar pada suhu 180 darjah Celsius atau sehingga tart kekuningan dan mengeras.
  7. Hiaskan tart dengan buah strawberi dan buah pic atau mengikut kesukaan anda.

5 comments:

mamaleez berkata...

Ya Chef! semasa mengacau campuran sehingga gula dan buah pic hancur (step 4) bolehkah kita menggunakn mesin pengadun?

azlirazali berkata...

mamaleez boleh tapi jangan sampai hancur sangat nanti makan tak sedapsebab seeloknya biar masa makan kita leh rasa pic tuh chunky lagi sedap. sebaiknya bila guladah hancur baru masuk buah pic.

FairyLilly berkata...

Salam,
Nanti nak try jugaklah resipi ni. Dulu saya pernah buat jugak tart macam ini, but I used almond powder for filling..tak ingat ambil dari blog mana resipinya. Satu lagi regarding the pastry, apa beza guna telur kuning sahaja berbanding campuran telur putih.

Tanpa Nama berkata...

Beknaan oastry jika menggunakan whole egg nanti pastry terlalu lmebik dan kurang rAngup jadi sebaik2nya guna kuning telur jika mahu jg mungkin anda poerlu menamnbah gula dan tepungnya dan tanpa menggunakan susu.

Tanpa Nama berkata...

chef....

semua kulit tart cara buat dia same ngan tart telur ye...
saya confius sikit....kwn sy ckp kena isi air lah...ada plak yg tk isi air ....yg mane satu cr yg betul nk bt kulit tart...tolong lah sy!!!