24 November 2010

Apple Crumble Special

APPLE crumble yang saya kongsikan ini saya berikan sedikit ubahsuai dengan menambahkan buah prun dan peanut butter di dalamnya namun demikian anda boleh  tidak meletakkannya dalam resipi ini. Selamat mencuba!

Crumble Topping:
3/4 cawan (100 gm) tepung
3/4 cawan (150 gm) gula perang
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
3/4 cawan (70 grams) rolled oats (boleh dibeli dikedai kek)
1/3 cawan (40 grams) kacang walnut-dicincang
1/2 cawan (115 grams) mentega yang masih beku-potong kecil
Isi

7 biji (1360 grams) epal hijau jenis Granny Smith @ apa2 jenis epal hijau yang keras -kupas, buang empelur (biji) dan hiris setebal 2.5 cm
1/2 cawan (50 gm) buah prun 
2-3 sudu makan (30 gm) gula perang
1/2 cawan mentega kacang
1 sudu makan tepung jagung


Cara-cara penyediaan
Panaskan ketuhar pada kepanasan 180-190 darjah celsius dan sapukan mentega pada acuan tin atau mangkuk kaca tahan panas bersaiz 25 cm. 

Untuk Crumble Topping:
  1. Letakkan  semua bahan bahan topping  (tepung, gula, kulit kayu manis, oat, kacang walnut dan mentega) dalam mesin pemprosesan atau mesin pembancuh kek.
  2. Gaulkan sehingga semua bahan-bahan menjadi seperti serbuk roti yang lembab. Anda juga boleh menggunakan tangan untuk membancuh crumble ini.  
Untuk Isian 
  1. Di dalam mangkuk besar, campurkan semua bahan-bahan isian (epal, gula, mentega kacang, prun dan tepung jagung). Gaulkan sehingga semuanya bercampur sebati.
  2. Kemudian, tuang dan ratakan dalam acuan/mangkuk yang telah disapu mentega tadi. Kemudian tuangkan adunan topping tadi di atas epal dan ratakan. 
  3. Bakar selama 15-17 minit atau sehingga epal mengeluarkan sedikit jus dan topping menjadi garing serta keemasan
  4. Keluarkan daripada ketuhar dan boleh dinikmati ketika panas atau sejuk.

0 comments: