Pages

05 November 2010

Tiramisu

Pencuci mulut dari Italy nih memang sangat popular dan pastinya sungguh enak. Sebenarnya menggunakan keju mascarpone dan sponge finger @ lady finger adalah resipi yang original bila kita membuat tiramisu.
Mascarpone cheese adalah cheese yang lembut dan rasanya berkrim tetapi kebanyakan orang akan menggunakan cream cheese bagi menggantikan penggunaan mascarpone cheese. Ini kerana harga mascarpone cheese lebih mahal so apalagi nak jimat kan, kenalah ganti dengan cream cheese hehe.
Tapi bagi saya ia adalah version yang dapat menjimatkan kos walaupun keoriginalitiannya tiada tetapi rasanya tetap masyukkk. Mungkin ada jugak tertanya tanya sponge finger dan  lady finger tuh apa plak. Well ia sebenarnya adalah asas sponge kek yang dipaipkan berbentuk jejari. Walaubagaimanapun
anda boleh menggantikan dengan menggunakan kek span jer! very senang!. Sponge finger juga boleh dibeli dikedai kek. Kalau takde, guna kek span seperti yang saya udah bilang tadi ok. jangan susah susah hati kalau susah nak buat atau beli sponge finger nih. Sponge finger akan dicelupkan dengan larutan kopi dan kopi jenis espresso selalunya digunakan kerana rasa coffenya lebih power root! hehe. Tapi u all leh gantikan dengan nescafe jer, lagi jimat. Asalkan ada rasa kopi udahlah kan?Tapi  saya nak warning nih! kalau makan tiramisu especially di hotel dan restoran yang kelasnya 5 bintang. Anda harus berhati-hati kerana dikhuatiri coffeenya ada dicampurkan dengan alkohol@ likeur so berhati-hati ok! kalau boleh buat CSI sikit, siasat samaada diorang ada guna likeur atau tidak dalam tiramisu tuh. 
Di antara Tiramisu dan tiramisu ada perbezaannya. Jangan keliru ok! well  sebenarnya kedua-duanya menggunakan asas yang sama cuma  bentuk rupanya saja yang berbeza. Kalau tiramisu cake tuh bentuk dia seperti kek lah kalau tiramisu tuh selalunya akan disajikan didalam mangkuk, cawan atau gelas  dan u all hanya cedok dengan sudu jer bila nak makan dia dan  ala2 macam makan aiskrim atau macam makan mousse. Jadi kepada peminat-peminat tiramisu hehe (untung jadi tiramisu pasal ramai peminat hahaha) cubalah resepi yang sedap nih.

Bahan-bahan A
500gm mascarpone cheese/ (cream cheese-jenis philadelphia)
8 biji kuning telur
100gm gula 
1 sudu teh esen vanila
280gm krim putar/whipping cream-putar sehingga kembang

bahan-bahan B
4 biji telur putih-pastikan tidak bercampur dengan kuning telur atau minyak
60gm gula kaster

Bahan-bahan C
20 biji lady finger/  2 lapis kek span
1 cawan larutan nescafe pekat
2 sudu serbuk koko

Cara-cara penyediaan
  1. Satukan telur, vanila dan gula dalam mangkuk stainless steel atau mangkuk yang sesuai, kemudian letakkan mangkuk itu  atas periuk yang mengandungi air mendidih (water bath)  sambil dikacau menggunakan wire whisk sehingga kembang. Padam api dan alihkan.
  2. Selepas itu masukkan keju ke dalam telur yang dipukul dan pukul sehingga kembang dan sebati .
  3. Pukul telur putih dengan 60gm gula yang ditimbang sehingga betul2 kembang dan putih. Kemudian campurkan dalam adunan cheese. kacau sebati.
  4. Celupkan songe finger atau kek span  dalam bancuhan kopi  dan susun dalam cawan atau gelas satu lapisan.
  5. kemudian letakkan adunan cheese atas sponge finger itu satu lapisan. Ulang proses ini secara berselang seli sehingga 3/4 penuh. Kemudian bahagian atas sekali lapiskan dengan cream. Ayak sedikit serbuk koko atas cream dan boleh lah dihidangkan. 

Pesanan penaja! :Gunakan bahan-bahan yang sama untuk membuat tiramisu kek (kalau nak buatlahkan) cuma kek span perlu dibahagikan. ikut suka kalau nak bahagi dua atau 3 lapisan. Apa yang perlu u all buat kalau bahagi dua u all lapiskan bahagian tengah. sebelum melapis sapukan dengan larutan kopi tadi atas kek span then selepas tuh baru lapiskan dengan adunan cheese. Senang cita u all lapiskan selang selilah. tapi pastikan setiap lapisan di sapukan dengan larutan kopi. Then atas sekali u sapukan lah dengan krim. last sekali ayak dengan serbuk koko dah siap!

5 comments:

Tanpa Nama berkata...

tQ utk resepi chef..bahan2 nmpk mudah nk dptkn n nmpk cm senang walupon x pernh lg bt..tgk gambr tiramisu laju je nk klik blog chef nie..n tQ utk info klu mkn tiramisu dihotel tu..amat berguna maklumat tu...

azlirazali berkata...

tanpa nama: sama2

Unknown berkata...

lagi baik sekiranya terdapat gambar langkah demi langkah membuat turamisu itu.apapun thank for share

Keyn berkata...

mmm yummy!!dpt jgk resepi ni..tanx!!

Silvia berkata...

Apa beza rasa tiramisu with egg and without egg?? Ketara tak pada rasa atau baunya chef? Kan apa, sy takut hanyir. 😀