Pages

13 November 2010

Sayur Pak Choy dengan Sos Tiram

Menu sihat Jelita
Ruangan: Rencana
Majalah: Jelita September 2010
Susunan: Siti Shahila Ahmad dan Chef Azli Razali
Gambar: Nik Mohd Shahril Nik Mohd Nor
Sayur pak choy rendah kalori dan cukup untuk membekalkan sumber pemakanan seperti serat, vitamin dan mineral yang baik untuk badan. Anda perlu merendam dan mencuci sayur ini dengan teliti terutama bahagian batang yang dikhuatiri mempunyai pasir. Anda juga boleh campur semua bahan dan kukus tanpa perlu menggoreng bawang putih. Cara ini lebih sihat kerana tidak menggunakan minyak.
Penggunaan bawang juga baik kerana bertindak sebagai antikanser dan boleh melancarkan perjalanan darah. Resipi ini tidak masin kerana hanya menggunakan sos tiram. Siew pak choy boleh diganti dengan bok choy, tauge, brokoli atau tauhu lembut.

Bahan-bahan:
120 g Sayur sew pak choy, dibelah dua
80 g cendawan butang
1 camca teh minyak jagung
5 ulas bawang putih dicincang
¼ cawan stok ayam/air rebusan ayam
1 camca besar sos tiram
½ camca besar tepung jagung, dilarutkan dengan setengah camca besar air

Cara penyediaan:
  1. Rebus sayur didalam air mendidih sehingga sedikit layu.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga perang.
  3. Kemudian masukkan air rebusan dan sos tiram.
  4. Pekatkan kuah dengan larutan tepung jagung.           

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum, pada sesiapa yang ada gula kencing manis tinggi bacaan 10 hingga

20 ke atas


Sukar kawal gula wlaupun dah cuba pelbagai petua dan herba


Jangan biarkan keadaan semakin serius!

saya ada herba herba khusus untuk turunkan gula dengan cepat.

Selamat, tanpa bahan kimia berbahaya.

tiada rasa pahit dan rasa tawar saja

bila makan tidak menyebabkan angin atau sakit urat.

Melegakan sakit saraf akibat kncing manis dan sembuh kan luka Kembali

Jika ada masalah slip diks sakit dah bertahun tahun dan tidak sembuh2 walau pelbagai

cara dah cuba…Insya Allah kita rawatkan sampai baik




Hubungi/WhatsApp:
Mohd Zuhairi Bin Noordin
017-468 7570

Insya-Allah, gula turun elok balik