05 November 2010

Puding karamel

Artikel Dari Dapur Azli Razali di Utusan Malaysia hari ini saya telah pun kongsikan cara-cara bagaimana nak buat karamel.  InsyaAllah, menjadilah puding karamel yang anda akan buat nanti ok!  Seperti biasa dibawah ini adalah bahan-bahan dan cara membuat puding karamel. Good luck ya! Untuk membaca artikel puding karamel  anda boleh klik disini. Happy browsing! 
Bahan A ( gula karamel)
110 gm (1/2 cawan ) gula kaster
2 sudu makan air
Bahan B ( Puding )
450 ml (1 ¾  cawan) susu UHT@susu segar
50ml (1/4 cawan) susu cair
1 sudu  teh esen vanilla60gm (1/4 cawan) gula kaster
4 biji telur
Cara-cara Penyediaan
  1. Sediakan gula caramel dengan mencampurkan bahan A dalam periuk. Panaskan sehingga gula bertukar menjadi warna perang.
  2. Kemudian dengan pantas tuangkan gula karamel ke dalam loyang. Biarkan gula mengeras.
  3. Untuk menyediakan puding, campurkan semua bahan B dan kacau sehingga bancuhan sebati.
  4. Tapiskan bancuhan ke dalam loyang yang mengandungi gula karamel tadi.
  5. Letakkan loyang di atas dulang yang mengandungi air dan bakar dalam over dengan kepanasan 180 darjah Celsius selama 25-30 minit. Keluarkan dari loyang dengan terbalikkannya di atas pinggan dan sedia untuk hidangan
Pesanan penaja:

 Tambahkan 150gm atau 1/2 cawan labu lenyek dalam susu jika anda hendak puding karamel ini
berasa  labu. So jadila puding karamel labu. Mudahkan?

2 comments:

SyAfaWaNi ♥‿♥ berkata...

sedapnyaa~teringin..hihi

aida berkata...

mr azli, saya dh try mcm2 resepi puding karamel.your recipe is the best. pling sedap. xmnis sgt. thnks for sharing ye. love ya! =)