07 November 2010

Kerabu Tauge dengan Ikan Kembung

Ruangan: Rencana (Menu sihat Jelita)
Majalah: Jelita September 2010
Susunan: Siti Shahila Ahmad dan Chef Azli Razali
Gambar: Nik Mohd Shahril Nik Mohd Nor

Hidangan ini mengandungi pelbagai zat seperti protein dan vitamin C. Selain itu, khasiat pada tauge berupaya menyingkirkan lemak tidak baik dan dikatakan sumber antioksidan terbaik untuk tubuh. Pastikan tauge tidak dicelur sehingga layu kerana khasiatnya akan hilang.  
Resipi ini lebih sihat kerana tidak menggunakan bahan daripada kelapa dan dengan itu mengurangkan lemak dalam hidangan. Kerabu ini tidak perlu ditambah garam kerana rasa masin daripada sos ikan, belacan dan udang kering. 

Bahan-bahan
250 g taugeh
2 ekor ikan kembung-direbus/kukus
3 ulas bawang merah, dihiris
3 biji cili merah
3 biji cili padi
½ camca teh belacan, dibakar sehingga harum
20 g udang kering, ditumbuk kasar
2 biji perahan limau kesturi
1 camca besar sos ikan

Cara penyediaan:

  1. Kukus tauge sehingga lembut dan ikan kembung sehingga masak.
  2. Ikan yang telah masak diasingkan isi dan tulang.
  3. Tumbuk 2 biji cili merah bersama belacan sehingga hampir lumat.
  4. Hiris sebiji cili merah dan cili padi.
  5. Campur semua bahan di dalam mangkuk dan gaul sehingga sebati.

1 comments:

armouris berkata...

info tentang tauge di SIHAT SELALU - Khasiat Tauge