Pages

10 November 2010

Ayam masak merah dengan mangga

Asalnya resipi ini adalah ayam masak merah tetapi saya telah mengolahnya dengan mencampurkannya dengan mangga, anda akan rasa mangga dalam masak merah ini.  Hidangkan juadah ini dengan nasi putih atau jika mahu lebih sedap makan juadah ini dengan  nasi tomato pasti terangkat!


Bahan-bahan A
1 ekor ayam-potong 16
2 sudu teh kunyit serbuk
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng ayam

Bahan-bahan B
2 biji bawang besar
6 ulas bawang kecil
5 ulas bawang putih
3 cm halia
1/2 cawan cili boh
1/4 cawan sos tomato
1/4 cawan sos cili
2 sudu makan gula
1 biji buah mangga masak-potong dadu
2 biji tomato-potong dadu
5 sudu makan minyak
Garam secukup rasa


Cara-cara penyediaan
  1. Perap ayam dengan garam dan kunyit dan goreng ayam sehingga 3/4 masak
  2. Kisar bawang besar, bawang kecil, bawang putih dan halia  .
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi dan garing.
  4. Kemudian masukkan ci.li boh dan tumis sebentar
  5. Masukkan soscili, sos tomato, gula, tomato, mangga dan garam.
  6. Kacau sebentar dan sedia untuk hidangan.

1 comments:

syahassan berkata...

wah..leyh buat nie.. my fav..huhu