Bahan-bahan A
1 ekor ayam-potong 16
2 sudu teh kunyit serbuk
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng ayam
Bahan-bahan B
2 biji bawang besar
6 ulas bawang kecil
5 ulas bawang putih
3 cm halia
1/2 cawan cili boh
1/4 cawan sos tomato
1/4 cawan sos cili
2 sudu makan gula
1 biji buah mangga masak-potong dadu
2 biji tomato-potong dadu
5 sudu makan minyak
Garam secukup rasa
Cara-cara penyediaan
- Perap ayam dengan garam dan kunyit dan goreng ayam sehingga 3/4 masak
- Kisar bawang besar, bawang kecil, bawang putih dan halia .
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi dan garing.
- Kemudian masukkan ci.li boh dan tumis sebentar
- Masukkan soscili, sos tomato, gula, tomato, mangga dan garam.
- Kacau sebentar dan sedia untuk hidangan.
1 comments:
wah..leyh buat nie.. my fav..huhu
Catat Ulasan