28 November 2010

Pancake

PANCAKE ini yang paling mudah untuk dibuat! ok tip membuat pancake/lempeng adalah anda harus mencampurkan semua bahan-bahan  dengan menggunakan gegelung dawai/wire whisk. Ini akan memudahkan adunan menjadi sebati dan adunan tidak bergentel-gentel atau berketul-ketul yang disebabkan oleh tepung yang tidak larut. Jika menggunakan senduk kayu atau senduk biasa, campurkan susu perlahan-perlahan sambil dikacau. Masukkan sedikit demi sedikit susu sambil adunan dikacau.  Anda boleh mencampurkan bahan-bahan lain seperti oat, nestum atau pisang bagi menambahkan khasiat pancake ini. Gunakan kuali leper untuk memasak pancake ini. Sekiranya ada kuali tidak lekat/nonstick pan pun lagi bagus makanlah dengan madu, buah-buahan segar atau aiskrim. Selamat mencuba!
Bahan- bahan
2 cawan tepung gandum
2 ½ sudu makan baking powder
1 sudu kecil baking soda
½ sudu kecil garam
2 sudu makan gula kaster (halus)
2 biji telur
2 cawan susu segar
2 sudu makan minyak jagung

Cara penyediaan
  1. Ayak tepung dengan baking powder dan baking soda di dalam mangkuk.
  2. Kemudian, masukkan garam, gula, telur, susu dan minyak jagung ke dalam tepung yang diayak. Kacau sehingga adunan menjadi sebati dan tidak berketul.
  3. Panaskan kuali leper dengan sedikit minyak dengan api yang sederhana.
  4. Ambil sesenduk adunan dan kemudian tuang di atas kuali leper yang telah dipanaskan. Masak sehingga kekuningan.

6 comments:

Naimatul Hafizah Nor Rodin berkata...

salam azli,
letak gula hangus ye? saya tak pernah try letak gula hangus. terima kasih kongsi resepi.

azlirazali berkata...

Hafizah bkn gl hangus gula halus tuh fine sugar/gula kaster.

Tanpa Nama berkata...

tak pernah buat pancake..nak try this recipes...nmpk simple je bahan2 mmg leh try nih..thanks chef...

Watie Rose berkata...

chef, kalau guna susu cair dlm tin ok tak..

Azli Razali berkata...

tanpa nama buat ok
watie boleh sangat lagi sedap sebab ia rasa lebih lemak.

Paty's Kitchen - Cook with passion. berkata...

Gebu dan temban, resipi pancake ni, saya minta izin nak buat ya. Tapi 2 sdb baking powder tak banyak ke? Takut nanti meluap-luap pula. Anyway saya akan cuba, Jemputlah ke Paty's Kitchen untuk tenguk hasilnya nanti ya.