Pages

25 November 2010

Prawn Cocktail

PRAWN COCKTAIL sangat unik  dan dinamakan sedemikian kerana udangnya dimakan bersama cocktail sauce. Ia sangat mudah disediakan di samping bahan-bahannya yang digunakan juga ringkas. Apa yang anda perlukan  adalah udang, sos cocktail dan daun salad. Untuk menyediakan sos cocktail,  anda hanya perlu mencampurkan mayonis dengan sos cili dan sos tomato. Warna sos cocktail akan menjadi merah disebabkan oleh sos ini. Udang perlu direbus tetapi jangan merebus udang terlalu lama kerana ini akan menghilangkan kemanisan dan meliatkan udang. 

Bahan-bahan
250gm udang
1/2 bahagian daun salad -dimayang
1 paket alfalfa

1/4 cawan sos cili
1/4cawan sos cili
1/4 biji lemon
Secukup rasa garam
Secukup rasa lada putih


Cara penyediaan
Bahan Sos Cocktail
1 cawan mayonis
  1. Rebus udang dengan sedikit garam sehingga masak. Kemudian buang kepala dan kulit udang.
  2. Untuk menyediakan sos cocktail, campurkan mayonis dengan sos tomato, sos cili dan jus lemon. Perisakan dengan garam dan lada putih.
  3. Letakkan daun salad dan susunkan udang di atas daun salad. Curahkan dengan sos cocktail dan hiaskan dengan daun alfalfa atau mengikut kesukaan anda.

2 comments:

AmenoWorld berkata...

eh dah cantik lah blog neh.. hahahah nice, kemas. ari tue dah try resepi kek mentega. mmg menjadi first time buat Alhamdullilah tapi kan ada problem sket lar awatnya rupa dia tak berapa nak cantek enh? ada tipsi?

Azli Razali berkata...

ame: ok antara tip memebuat kek adalah jangan menggunakan acuan yang terlalu kecil kerana kek mudah merekah ditengahnya.Keduanya jangan terlalu lama memukul adunan kek terutama selepas memasukkan tepung. cukup sehingga sudah sebati dan berhenti, tidak perlu dipukul terlalu lama yang juga akan mengakibatkan kek menjadi merekah.