KEK
Bahan-bahan
1 ¼ cawan/250 gm mentega
1 cawan /230 gm gula kaster
5 biji telur
1 ¼ cawan/270 gm tepung halus (superfine)
1 camca teh serbuk penaik
4 sudu susu pekat
4 camca besar susu segar/cair
1 camca teh esen vanila
Cara membuatnya
- Ayak tepung dengan serbuk penaik. Ketepikan.
- Putar mentega, gula sehingga gebu. Masukkan sebiji demi sebiji telur, pukul sebati setiap kali.
- Campurkan tepung yang diayak, kacau sebati.
- Letak susu pekat, susu cair dan vanila.
- Bila sebati, timbang sebanyak 44 gm untuk setiap cawan kek (saiz sederhana) atau paipkan 3/4 penuh.
- Bakar pada 180 0C selama 20-25 minit atau hingga masak.
- Biar kek sejuk sebelum dihias dengan aising.
- Untuk menghias ratakan kek cawan dan sapulah kek dengan aising.
- Hiaskan mengikut cita rasa kreativiti masing-masing.
Bahan-bahan
½ cawan/ 100 gm mentega
¾ cawan/150 gm krimwell
¾ cawan/130 gm gula aising-ikut kesukaan
½ camca teh esen vanila
Pewarna mengikut kesukaan
Cara membuatnya
- Pukul semua bahan dengan pemutar elektrik sehingga kembang, pucat dan gebu.
- Pastikan berhenti sekali-sekali dan kacau dengan spatula supaya semuanya sebati.
- Bila kembang, pucat dan gebu, bahagikan mengikut warna yang dikehendaki. Siap untuk diguna.
7 comments:
oh! oh! thankiu for the resipi!
pasti dicuba tatkala menjelang cuti2 semester nanti :)
senang nyer nak buat kek..sy mmg suka buat kek cawan ni..:)
boleh tak kek tuh buat cam muffin then topping kan dye dgn ape2 yang kite nak? thn lame tak?
nadirah&watie buat ok
coklat kapas: boleh takde masalah tapi kalau guna buah-buahan fresh macam epal, atau pisang jangka hayat dia akan berkurang sebaik baik simpan dalam peti sejuk.
thanx chef.... excited nk wat dah ni... hehe...
thanx chef..dah 4 kali kita buat kek ni..sedappp...anak2 kita suka.. ^_^
boleh x tuka mntega > mnyak jagung,,hmm,,klaw kukus sme x hsilnye??
Catat Ulasan