Pages

18 Ogos 2009

PUDING CARAMEL NESCAFE

Puding karamel atau lebih dikenali dengan nama cream caramel menggunakan telur sebagai agen untuk mengeraskan puding ini. Nisbah telur dan susu yang digunakan adalah lebih kurang 1 biji telur:200ml susu. Resepi ini menggunakan nescafe sebagai memberi rasa kopi kepada cream caramel ini. Try tengok!


Bahan-bahan A (Gula karamel)
Bahan-bahan B (Puding)230 gm gula
850 ml susu segar
1 tin susu sejat
10 biji telur
15gm serbuk Nescafe
 
 
Cara-cara penyediaan
  1. Untuk menyediakan gula caramel, campurkan semua bahan-bahan A di dalam periuk. Masak campuran itu sehingga warna keperangan. Tuang ke dalam tin pembakar dan biarkan gula caramel itu mengeras.
  2. Untuk menyediakan pudding, Satukan susu segar, susu sejat, Nescafe dan gula. Jerang di atas api sehingga susu menjadi suhu suam. Kacau gula di dalam susu suam itu sehingga menjadi larut.
  3. Pecahkan telur di dalam mangkuk yang berasingan. Tuangkan susu tadi kedalam telur sambil dikacau sehingga habis. Pastikan semasa proses ini dikacau dengan konsisten dengan menggunakan ‘wire whisk’ agar telur dapat dikacau dengan sekata.
  4. Setelah selesai, tuang bancuhan puding tadi ke dalam tin pembakar yang mengandungi gula caramel yang telah keras tadi.
  5. Letak tin itu di atas dulang yang berisi air dan bakar di dalam oven yang bersuhu 200 degree Celcius selama 35 minit atau sehingga puding itu mengeras. Setelah itu dinginkan di dalam peti ais dan boleh dihidangkan.
100 gm gula halus 4 camca makan air

0 comments: