Pages

10 Ogos 2009

PIC OREN PARFAIT

Parfait adalah sejenis chill dessert yang diperbuat daripada produk tenusu seperti menggunakan krim dan krim keju. Enak dimakan waktu sejuk.Nak buat dia pun senang jer. Resepi ada diberi siap dengan cara-cara penyediaannya sekali. Apalagi copy dan pastelah! CEPAT!
Bahan-bahan
200gm Cream Cheese
6 camca makan jem oren
250ml krim putar
3 camca makan gula aising
¼ camca teh esen vanilla
1 cawan buah pic dalam tin, didadu

Cara-cara penyediaan

  1. Pukul krim putar dengan gula aising sehingga kembang dan asingkan.
  2. Di dalam bekas yang berlainan campurkan cream cheese dengan jem dan pukul sehingga kembang, kemudian masukkan esen vanilla dan dengan kelajuan sederhana gaul campuran itu sehingga sebati.
  3. Masukkan adunan krim putar yang telah dipukul ke dalam cream cheese. Gaul bahan-bahan ini dengan perlahan dan sehingga sebati.Letak buah pic ke dalam gelas dessert dan biarkan . Kemudian sudukan campuran cheese sehingga ¾ penuh.
  4. Sejukkan di dalam peti sejuk . Hiaskan dengan buah strawberry atau mengikut kesukaan anda.

0 comments: