Pages

12 Ogos 2009

PAI KACANG PECAN

Sesekali makan pai layan jugak. Ha ini ada satu resepi pai yang best. Sebenarnya kacang pecan kalau nak cari kat pasaraya seperti Giant dan Tesco memanglah susah. Kacang pecan nih mudah didapati di kedai menjual bahan2 buat kek, tapi nohal lah! masalah itu bukan masalah yang besar sebab boleh ditukar dengan kacang walnut, kacang gajus atau kacang badam. Mudah nak beli dan lagi satu lebih murah. Poket pun kena jaga jugak kan! walau macamanapun setiap kacang akan memberikan rasa yang berlainan sebenarnya. Tapi terserah!..... yang penting sedap dan jadikannn.... Ha apa lagi kasi bikin lah!


Bahan-bahan A (Kulit pai)
250gm tepung halus
120gm gula halus
125gm mentega 1 -2 camca makan susu segar

Bahan-bahan B (Isian)
2/3 cawan marjerin, dicairkan
1 cawan madu
1 cawan gula perang
2 camca makan esen vanilla.
2 cawan kacang pecan
1 cawan kacang pecan, cincang halus
 5 biji telur
½ cawan krim putar/whipping cream
1 cawan nestum

Cara-cara penyediaan
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 degree celcius.
  2. Di dalam mangkuk pemukul, dengan menggunakan pemukul elektrik atau tangan pukul bahan-bahan A sehingga membentuk doh yang lembut. Sekiranya keras tambahkan susu dan jika lembik tambahkan tepung.
  3. Rehatkan selama 15 minit di dalam peti sejuk. Kemudian selepas 15 minit terap di atas acuan pai setebal lebih kurang 5 cm.
Cara-cara penyediaan isian
  1. Campurkan kesemua bahan-bahan B kecuali 2 cawan kacang pecan yang belum dicincang. Kacau bahan-bahan itu sehingga sebati.
  2. Tuangkan campuran itu ke dalam kulit pai yang belum dibakar tadi. Susun kacang pecan yang belum dicincang dia atas pai. Bakar selama 25-30 minit sehingga isian mengeras dan kulitnya keperangan.

0 comments: