Pages

19 Ogos 2009

KEK COKLAT TANPA TEPUNG




 Kek coklat nih memang istimewa kerana tak menggunakan TEPUNG LANGSUNG! percaya tak percaya apa-apa pun kek nih memang layan habis!

Bahan-Bahan A

230gm coklat masakan
180gm mentega
175gm gula halus
175gm serbuk kacang hazel
6 biji telur
5 camca makan serbuk koko
70 gm serbuk roti
Bahan-bahan B (Topping)
225 gm krim putar
125 gm coklat masak

Cara-cara penyediaan
  1. Cairkan coklat secara double boil atau menggunakan microwave. Ketepikan dan biarkan ia sejuk tapi jangan biarkan ia membeku.
  2. Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan gebu. Kemudian masukkan kuning telur dan kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan serbuk kacang hazel, serbuk roti dan serbuk koko.
  4. Pukul putih telur sehingga kembang dan gebu kemudian masukkan ke dalam adunan kek. Kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan dalam tin kek dan bakar pada suhu 180 degree celcius selama 35 minit atau sehingga adunan kek tidak melekat pada pencucuk kek.

2 comments:

Irnie berkata...

nk marah ng chef azli.. sbb post gambar kek coklat kt cni.. da takleh tido malam.. terkenang² kek coklat uhhu..

Annie Sulaiman berkata...

ni macam brownies ke kalau jadik... yang serbuk hazel tu ganti tepung la kiranya ye