Kek coklat nih memang istimewa kerana tak menggunakan TEPUNG LANGSUNG! percaya tak percaya apa-apa pun kek nih memang layan habis!
Bahan-Bahan A
180gm mentega
175gm gula halus
175gm serbuk kacang hazel
6 biji telur
5 camca makan serbuk koko
70 gm serbuk roti
Bahan-bahan B (Topping)
225 gm krim putar
125 gm coklat masak
Cara-cara penyediaan
- Cairkan coklat secara double boil atau menggunakan microwave. Ketepikan dan biarkan ia sejuk tapi jangan biarkan ia membeku.
- Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan gebu. Kemudian masukkan kuning telur dan kacau sehingga sebati.
- Masukkan serbuk kacang hazel, serbuk roti dan serbuk koko.
- Pukul putih telur sehingga kembang dan gebu kemudian masukkan ke dalam adunan kek. Kacau sehingga sebati.
- Masukkan dalam tin kek dan bakar pada suhu 180 degree celcius selama 35 minit atau sehingga adunan kek tidak melekat pada pencucuk kek.
2 comments:
nk marah ng chef azli.. sbb post gambar kek coklat kt cni.. da takleh tido malam.. terkenang² kek coklat uhhu..
ni macam brownies ke kalau jadik... yang serbuk hazel tu ganti tepung la kiranya ye
Catat Ulasan