Pages

19 Ogos 2009

POPIAH ROTI

Resepi nih anda semua kena cuba. Saya dapat idea nih bila saya buka satu laman web masakan dan saya rasa sesuai untuk diubah kepada popia. Popiah biasanya menggunakan sengkuang, lobak merah, udang kering dan macam-macam bahan boleh digunakan sebagai isinya. Tapi kali nih cuba pulak tambah dengan roti pasti ada kelainan sikit. Boleh dimakan waktu pagi dan petang.Bahan-bahan
1 paket kulit popiah
1 buku roti 4 ulas bawang putih, dicincang
5 ulas bawang merah, dicincang
1 biji bawang merah, dicincang
2 biji telur ½ paket kecil daging cincang
50gm daun ketumbar, dihiris
garam secukup rasa
lada hitam secukup rasa
Cara-cara penyediaan
  1. Potong roti bentuk dadu. Ketepikan
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, kemudian tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi dan keperangan
  3. Masukkan daging dan goreng, biar ia berderai dan goreng telur dan hancurkan seperti membuat telur hancur. Jangan goreng terlalu kering.
  4. Masukkan roti,daun bawang, cili merah, garam dan lada hitam
  5. Bentangkan kulit popiah, ambil bahan yang digoreng sebagai isi popiah dan goreng.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

salam chef azli.
saya amat sukakan makanan bergoreng,begitu juga anak2 saya.
saya minta chef azli siarkan cara membuat kuih deram,yang lembut spt dijual di kedai sebab resipinya mengguna tepung beras yang akan keras bila digoreng.terima kasih.